Friday 6 January 2012

PANDANGAN MAHASISWA TENTANG 901

SALAM KEPADA SEMUA.


PADA HARI INI KB  NAK MENYENTUH SEDIKIT TENTANG PERHIMPUNAN 901 YANG DIADAKAN UNTUK MENYELAMATKAN DATUK SERI ANWAR. TAPI, KB CUBA MELIHAT DARI PERSPEKTIF MAHASISWA DAN BUKAN DARI KACAMATA MAHAsewel....HUHUHUHU


JOM IKUTI APA KATA BEBERAPA ORANG MAHASISWA MALAYSIA! SEMUA PENDAPAT INI KB PEROLEHI DARI SAHABAT KB YANG BERADA DI PELBAGAI UNIVERSITI.




1. CHE WAN RAFFEEZUDDIN ( MAHASISWA UITM, SHAH ALAM )



"Demonstrasi jalanan bukan ajaran Islam, ini berdasarkan hadis nabi yang berbunyi :“Akan datang nanti kepada manusia, masa-masa yang penuh tipu daya. Para pendusta dianggap sebagai orang yang jujur, manakala orang yang jujur dianggap pendusta. Orang khianat dianggap amanah dan orang yang amanah dilabel sebagai pengkhianat. Dan para Ruwaibidhah mula berkata-kata (bersuara).”Ada yang bertanya, “Siapa Ruwaibidhah?” Rasulullah menjawab, “Orang yang bodoh sibuk berbicara (mengulas) tentang masalah masyarakat.” [Hadis Riwayat Ibnu Majah, Kitab al-Fitan, 12/44, no. 4026. Dinilai sahih oleh al-Albani]. Selain itu juga,Perhimpunan 901 seolah olah tidak menghormati rukun negara yang ke-4 tambahan lagi perhimpunan ini juga terdapat konspirasi dan tidak mengikut undang-undang. "


2. ANAS MISBAHUDIN ( MAHASISWA UniSZA, TERENGGANU )

"Perhimpunan ini memang tidak wajar sebab meruntuhkan institusi kehakiman negara ini dan tidak menghormati perlembagaan yang telah termaktub. kita sebagai mahasiswa yang berpengetahuan tinggi, perlu melihat beberapa kejadian yang berlaku diluar negara seperti di London sebelum ini yang mengundang kepada rusuhan harus dijadikan iktibar kerana ianya gagal menyelesaikan masaalah sebaliknya hanya merosakan harta benda awan. Mahasiswa perlu merenung dan berfikir sejenak, jangan terlalu ikutkan hati. janganlah terlalu terikut trend berdemonstrasi dan mengejar populariti. Semua masyarakat khususnya mahasiswa perlu lebih berkiran matang dan rasional sebelum menjalankan sebarang tindakan. gunakan medium yang betul dan tepat selaras dengan perlembagaan yang membolehkan rakyat bebas bersuara."


3. MOHD AIZUL BIN ISA ( MAHASISWA USM, P.PINANG )

"apa2 pn yg melibatkan perhimpunan,aku tetap x setuju..x kisah la apa pn tujuan or aman ke x aman ke,aku tetap x stuju..knapa rkyat mlsia skrg nk jdi mcm ngara lain?ngara lain brhmpun utk suarakn keXpuashatian,plu ke kite pn buat bnda yg sama?kalo btol nk suarakn apa2,guna la saluran lain tp bkn dgn cara prhmpunan or demonstrasi,tnjuk prasaan n sbgainya yg terang2 mnyusahkn org lain n mggugat kslmtn n ktenteraman awam.Aku memg sgt2 x stuju dgn apa2 prhmpuann x kira la sape pn yg buat..Perhmpuann bleh mnyebbkn demonstrasi pas2 tnjuk prasaan,lepas 2 pergaduhan..2 la rentetan yg brlaku di ngara2 luar yg byk krisis dlmn skrg..mulanya cuma prhmpuann aman..n bgi aku jgak,plajar xplu la trlau obses utk join n brhmpun sprtmna yg brlaku skrg..apa beza org yg x brpndidikan ngn org yg brpndidikn kalo pmikiran,n tindakan sama n xda beza"


4. MUHAMMAD FARHAN BIN ADNAN ( MAHASISWA UMP, GAMBANG )

"mahasiswa xwajar n xperlu sertai demo 901 kerana mahasiswa harus sedar & fikir secara terbuka kerana himpunan nie xrelevan sebab ianya ibarat menyalahkan undang2 Malaysia yang sedia ada.Selain itu,ini menunjukkan yang bahawa badan kehakiman dan peguam2 di Malaysia nie x telus dalam mengadili rakyat. Pastu,mesti keputusan nanti akan dipengaruhi dgn ugutan dorg yang berhimpun & ni ibarat ugutan yang menyalahkan kerajaan persekutuan."




ITULAH PENDAPAT BEBERAPA ORANG MAHASISWA YANG TELAH BERFIKIRAN WAJAR DAN TEPAT. JIKA ANDA ADA IDEA DAN SUMBANGAN PENDAPAT SILALAH KOMEN DAN BOLEH EMAILKAN KEPADA KB.


p/s : anda setuju tak ? mahasiswa dengan mahasewel adalah benda yg berbeza...

5 comments:

  1. sbb bg aq lh kn....Malaysia skrg dh cukup aman....tp puak pembangkang ni aq xtau lh....apasal seronok sgt negara ni xaman....stiap sekatan msti da sbb....kita tgk...ngara kita mmg aman....Anwar ni byk kes dr dlu...sjk diia jd lecturerr...mak aq sndiri student dia...n byk mak aq cita pasal dia...pasal dia benci ngn sbuah negeri ni...tp...ramai yg xtau....mak aq insyAllah xkn bohong hal ni...sbb mak aq xsokong mna2 parti....sume da baik n buruk msing2...but seriusly dh ckup aman....bkn da kuasa DIKTATOR dr mcm ngara2 lain....so thinks lh....

    im student from UMT....slama ni aq tgk puak2 melalak n brdiam diri....xtau lh yg mna Islamik sgt 2

    ReplyDelete
  2. setuju dgn pandangan saudara2

    bila kerajaan xbagi pelajar join perhimpunan tu,mereka cakap mereka disekat dan tidak bebas sedangkan negara kita ini demokrasi
    Pd sy pandai pulak dorg ckp mcm tu,sedangkn krjaan xbg join sbb nk jge keamanan ngra nie,xnak huru hara sbb bile da bekumpul mcm tu mcm2 bole jd,bile polis ambil tindakan dorg ckp polis zalim & kejam..

    kenapa mesti slhkn kerajaan,sedangkn pd sy kerajaan dan parti politik tu due perkara yg berbeza,jangan lah disebabkan terlalu taksub dgn satu2 pemimpin parti politik mereka mahu menyalahkn kerajaan dlm semua segi,ade saja yg buruk,perkara yg baik buat2 xnmpk

    semoga ALLAH sentiasa lindungi negara kita,amin

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. pasai pa amik pandangan yang ni jaa?amik la plak pandangan pihak mahasiswa yang setuju..baru boleh buat perbandingan..x jujur la awak ni..majuk!

    ReplyDelete
  5. komen ini dipilih secara rawak dan ini adalah dapatan yg kami perolehi...kalau sedara ada sebarang maklumat silalah untuk berkongsi bersama. :D

    ReplyDelete