Saturday 8 September 2012

PELAJAR TUNJUK PUNGGUNG TAMPIL MINTA MAAF!!!

salam semua, budak biadap nak mohon maaf kat PM. Agak-agak lah bro biadap sampai macam tu!!!




Pelajar kolej swasta Muhammad Ammar A Rahman, 19, yang melondehkan seluar menghina Perdana Menteri semasa malam Ambang Merdeka baru-baru ini, secara peribadi memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh rakyat Malaysia.

 Katanya, dia menyesal apa yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sedemikian. "Saya tidak dibayar oleh mana-mana pihak," kata beliau pada satu sidang media di sini, petang ini. Dia juga berkata, segala apa yang dilakukannya pada malam 30 Ogos adalah atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. "Saya sedar apa yang saya lakukan ini satu kesilapan. Saya juga berjanji pada diri sendiri, saya tidak akan mengulanginya di masa hadapan,” katanya dengan wajah tenang di hadapan pihak media di rumahnya, di sini.

 Menurutnya, dia juga memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya Najib atas perbuatan biadabnya dan jika diberi peluang, dia bersedia bertemu pemimpin negara itu untuk memohon maaf secara peribadi. “Sekiranya dikenakan tindakan undang-undang, saya juga terima dengan reda," katanya. Mengimbas kembali kejadian malam 30 Ogos lalu, Muhammad Ammar berkata, dia langsung tidak merancang ke Dataran Merdeka kerana pada asalnya bercadang untuk pulang ke kampung. "Saya bertukar fikiran apabila menerima pelawaan rakan," katanya. Bagaimanapun dia menafikan tindakan yang dilakukan dipengaruhi atau dibayar oleh mana-mana pihak. "Apa yang saya lakukan adalah semata-mata kerana kesilapan diri sendiri. Saya seperti orang tidak sedar semasa melakukannya, bukan dipengaruhi atau dibayar sesiapa," jelasnya.


 Muhammad Ammar dalam pertemuan dengan media semalam turut memohon agar gambarnya tidak lagi disebarkan di Internet, selain merayu agar anggota keluarga, terutama ayahnya tidak diganggu dengan sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur cemuhan. “Saya yang bersalah, bukan ayah atau keluarga saya. Tolonglah, jangan salahkan kedua ibu bapa saya," rayu Muhammad Ammar. Menurut bekas penuntut tahun dua program Diploma Multimedia Kreatif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics ini, ada bloggers yang menyebarkan kisah tidak benar mengenai dirinya.


 "Daripada 10 bloggers yang menyiarkan kisah saya, hanya dua yang benar dan boleh dipercayai. “Ada di antara mereka menuduh saya mempunyai kaitan dengan kongsi gelap, sedangkan itu tidak benar," katanya - SINAR

Wednesday 5 September 2012

SUNGGUH BIADAP!!!



salam semua, apa khabar? KB sungguh kecewa dengan makhluk-makhluk yang kurang ajar ini! KB cuma khuatir peristiwa 13 Mei berulang kerana puak-puak ni tak pernah belajar dari sejarah! sejarah pun puak-puak ni nak tukar.

1. Penyapu gergasi diarak sekeliling Kuala Lumpur!!!



KB dan seluruh rakyat Malaysia sayang akan keamanan dan keharmonian negara. Sudah lah makhluk-makhluk pembangkang, jangan kucakacirkan Malaysia!


Tuesday 4 September 2012

TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA!!!

salam semua. KB suka ambil petikan ini daripada Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad.








1. Kata Hang Tuah “Tak akan Melayu hilang di dunia.” Dapatkah kata-kata keramat ini menentu yang Melayu tak akan hilang di dunia?

2. Di Singapura kerana tidak ada lagi sekolah Melayu dan bahasa penghantar di sekolah-sekolah di Republik itu ialah Inggeris dan China; segala urusan rasmi dan tidak rasmi menggunakan Bahasa Ingggeris atau China, maka orang Melayu sudah pun tidak menggunakan Bahasa Melayu. Mereka menggunakan Bahasa Inggeris walaupun semasa bercakap dengan anak pinak, keluarga dan kawan-kawan Melayu.

3. Budaya, adat istiadat Melayu juga terhakis. Yang tinggal hanyalah agama Islam mereka.

4. KeMelayuan mereka sudah tinggal separuh. Kita boleh ramal yang hakisan keMelayuan mereka akan berterusan sehingga akan hilanglah Melayu di Singapura.

5. Di sebelah utara pula kita dapati orang keturunan Melayu yang tidak dapat bertutur kata dalam Bahasa Melayu. Mereka Islam dan bangsa rasmi mereka ialah Thai. Maka hilanglah juga Melayu disitu.

6. Tetapi di Malaysia juga kehilangan Melayu sedang berlaku. Ada anak muda Melayu yang tidak lagi ingin dikenali sebagai orang Melayu. Mereka orang Malaysia. Ada pula yang hanya akui mereka orang Islam dan tidak perlu dikaitkan diri mereka dengan kaum Melayu.

7. Tetapi yang akan menghilangkan Melayu di dunia ialah dakwaan bahawa sesiapa yang bercakap berkenaan dengan bangsa Melayu, mereka akan dituduh “racist”. Oleh itu orang Melayu sudah tidak lagi berani menyebut perkataan Melayu kerana tidak mahu dituduh “racist”.

8. Kasihan Hang Tuah. Besar kemungkinan kata-katanya tidak lagi akan menjadi kenyataan. Demikianlah apabila kita bergantung kepada kata-kata hikmat untuk nasib kita, akhirnya akan hilang hikmatnya.

oleh: Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad

Sunday 2 September 2012

RAHSIA UNDANG-UNDANG LOMPAT PARTI!!!



Salam semua,


BACAAN POLITIK: HAJI HADI MEMELUK ERAT MENJELANG PRU13


 DAP melalui Karpal Singh mencadangkan satu undang-undang baru yang dikenali Undang-Undang Anti Lompat, bertujuan menghalang YB-YB Pakatan Rakyat khususnya dari PAS dan PKR daripada melompat kepada BN.

 Karpal sudah dapat membaca dan mencium Agenda Hj Hadi dan YB Nasharudin. Karpal dan DAP tahu selepas sahaja PRU13, kemungkinan besar kumpulan-kumpulan YB Nasharudin dan HJ Hadi melompat ke kem BN sudah pasti akan berlaku.


 Pertemuan demi pertemuan kumpulan YB Nasharudin dengan DS Najib dan pemimpin tertinggi UMNO mengesahkan kerjasama UMNO dan PAS di bawah telunjuk HJ. Hadi/YB Nasharudin.



 DUA TANGAN HAJI HADI MENERKAP SATU TANGAN DS NAJIB 


 Kita hanya mengharapkan agar YB Nasha tidak dipecat pada 9 September ini. Dan kita juga berharap YB Nasha akan dicalonkan pada PRU13 nanti, dan seterusnya kumpulan-kumpulan Ulama Pas mesti dicalonkan dengan banyak berbanding caloncalon Sekular seperti Mahpuz, Husam, Mat Sabur dan M. Nizar. Kumpulan-kumpulan Sekular Pas ini lebih condong kepada Dap dan Anwar.


 Maka itu, ahli-ahli Pas mesti menghalang kumpulan-kumpulan Pro DAP dan Anwar menentukan calon-calon mereka.


 Haji Hadi yang mewakili team Ulama seperti Haron Din, YB Nasha, Mustapha Ali, Harun Taib, Taib Azamudin mesti diberi peluang menjadi calon.


 Inilah ketakutan DAP dan Anwar, maka mereka mencadangkan Undang-Undang Anti Lompat. Perpaduan memang bukan kerja yang mudah, namun usaha ke arah itu sedang berjalan. Adakah kamu tidak menyedarinya?



 DS NAJIB MEMBALAS MESRA TANGAN HAJI HADI


 Pertahankanlah YB Nasha dan Hj Hadi!!! Jangan biarkan mereka disingkirkan.



 ***emel dari Ahli PAS Terengganu.

Saturday 1 September 2012

BARUA HEPA UniSZA MULA BERAKSI!!!

Salam semua, apa khabar? Selamat menyambut kemerdekaan yang ke-55 kepada semua rakyat Malaysia! WE LOVE MALAYSIA!

 seperti yang kita tahu, pilihanraya kampus (PRK) semakin hampir. Bagi yang tidak tahu PRK adalah proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti. Yang menariknya, KB dengar UniSZA nak bubarkan CARETAKERS walaupun hakikatnya CARETAKERS ini tidaklah perlu dibubar kerana MPP pun sudah dibubarkan sebelum ini. Seluruh warga universiti masih menunggu tarikh yang bakal diumumkan oleh HEPA. UniSZA berdepan dengan pelbagai masaalah satu persatu dan KB melihat CARETAKERS dan pihak pucuk pimpinan pentadbiran UniSZA tidak dapat menangani masaalah ini dengan baik dan bijak. UniSZA mempunyai masaalah dalaman yang semakin kritikal untuk PRK kali ini antaranya:

 1. Pemilihan Jentera PRK
2. Calon MPP


 KB dapat informasi calon dan jentera PRK hanya tangkap muat oleh barua HEPA untuk penuhkan kerusi yang ada. Yang KB khuatirkan adalah kredibiliti yang ada pada CALON HEPA yang akan dipertandingkan. So paham-paham je lah kalau CALON pun tangkap muat sahaja. Calon HEPA sebelum ini pun tak dapat menunjukkan kepimpinan yang baik dan menyampaikan suara mahasiswa kepada pihak atasan universiti, apatah lagi calon yang di tangkap muat OLEH HEPA. Presiden dan MPP yang lain hanya menjanjikan bulan dan bintang tetapi tidak dilaksanakan.

*KB hanya khuatir dengan nasib mahasiswa jika perkara ini berlaku. Ini untuk masa depan bersama. Nasib mahasiswa perlu dibela.