Friday 29 June 2012

ISU SEMASA BERSAMA HASAN ALI!!! SIRI 2: MORAL PEMIMPIN!!!


Salam semua, hari ini KB nak dedahkan video ISU SEMASA BERSAMA HASAN ALI!! Kita nilai dan teliti apa yang disampaikan oleh Dato' Dr. Hasan Haji Mohd Ali.




INI SIRI 2. NANTIKAN LAGI!!!



Wednesday 27 June 2012

ISU SEMASA BERSAMA HASAN ALI!!! SIRI 1: MUAZAKARAH!!!



salam semua, hari ini KB nak dedahkan video ISU SEMASA BERSAMA HASAN ALI!!
Kita nilai dan teliti apa yang disampaikan oleh Dato' Dr. Hasan Haji Mohd Ali.

selamat menonton!!!!!




KB nak korang semua nilai intipati video ini. Ini baru siri 1! banyak lagi KB nak dedahkan!!!

Sunday 24 June 2012

JASA ANWAR KEPADA NEGARA!!!

salam semua, apa khabar semua? minta maaf sejak kebelakangan ini KB sibuk sikit. tapi hari ni KB nak update tentang Anwar!


Selagi adanya Anwar, negara menjadi tak aman!
Selagi adanya Anwar, negara dirosakkannya!
Selagi adanya Anwar, rakyat tidak akan mati!
Selagi adanya Anwar, rakyat akan bangun dan menentangmu!
Hidup Anwar, Mati rakyat Rosak Negara!






Tuesday 19 June 2012

CIRI-CIRI ULAMA PEWARIS NABI S.A.W!!!



salam semua, hari ini KB nak senaraikan ciri-ciri Ulama Pewaris Nabi S.A.W.


Berikut adalah ciri-ciri Ulama Pewaris Nabi s.a.w

 1. Ulama dikenali dengan ilmunya dan keteguhan pendiriannya. Mereka terpelihara daripada terjebak ke dalam perkara-perkara yang syubahat. Ulama dikenali dengan jihad, dakwah, pengorbanan dari segi waktu, harta benda, nyawa dan kesungguhan mereka di jalan Allah.

 2. Ulama dikenali dengan ibadah dan khusyuk mereka kepada Allah. Ulama dikenali dengan jauhnya mereka dari keburukan dunia dan pujuk rayunya. Ulama dikenali dengan pengakuan oleh umat Islam dan jumhurnya dari kalangan ahli hak.

 3. Ulama adalah orang yang tidak menginginkan kedudukan, dan membenci segala bentuk pujian serta tidak menyombongkan diri atas seorang pun. Dia yang tidak hasad kepada seorang pun yang berada di atasnya dan tidak menghinakan orang yang ada di bawahnya dan tidak mengharapkan balasan dalam menyampaikan ilmu Allah.

 4. Ulama yang tawaduk juga tidak mengaku mempunyai ilmu yang tinggi, tidak berbangga dengan ilmunya atas seorang pun, dan tidak mudah menghukumi orang yang jahil yang melanggar larangan Allah SWT, sebaliknya dengan lemah lembut menasihati mereka dengan cara yang penuh hikmah.

 5. Ulama akan mengamalkan ilmu yang dimilikinya. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya orang alim itu adalah orang yang beramal dengan apa yang dia ketahui" (Hadis dalam Sunan ad-Darimi) Sayyidina Ali berkata : "Wahai orang yang mempunyai ilmu! beramallah kamu dengannya kerana sesungguhnya orang yang alim itu adalah orang yang beramal dengan ilmu yang dia ketahui serta selaras antara ilmunya dengan amalannya."

 6. Ulama ini meneruskan tugas nabi iaitu mengajar, mendidik, membersihkan hati umat daripada syirik dan maksiat serta berdakwah dan memerintah mengikut perundangan Allah sebagaimana kita fahami daripada ayat 2 surah al-Jumaah .

 Firman Allah SWT maksudnya : "Dialah (Allah) yang telah mengutuskan kepada kalangan orang-orang arab yang buta huruf seorang rasul dari bangsa mereka sendiri yang membacakan ayat-ayat Allah yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya. Dan membersihkan mereka daripada aqidah yang sesat serta mengajarkan mereka kitab Allah dan hikmat pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat. Dan sesungguhnya mereka sebelum kedatangan nabi Muhammad s.a.w adalah dalam kesesatan yang nyata" (Surah al-Jumaah ayat 2)

 Hadis diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim dalam sahih daripada Abdullah bin Umar telah berkata : "Aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : 'Sesungguhnya Allah tidak menarik ilmu dengan menariknya secara mengejut sebaliknya Allah akan menarik ilmu itu dengan mematikan para ulama sehingga tiba suatu masa yang tiada lagi ada ulama maka manusia akan memilih ketua-ketua mereka dari kalangan orang jahil lalu apabila mereka ditanya maka dikeluarkan fatwa yang sesat maka sesatlah mereka serta menyesatkan pula orang lain."


Monday 18 June 2012

LAGI BUDAK HINA SULTAN JOHOR!!!


LAGI BUDAK HINA SULTAN JOHOR!!!!!!!!!

Ahmad Shukri b Kamarudin

 Setiausaha Media Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

 Penyokong Pakatan Haram Twitter: http://twitter.com/shukri_rembau

 Facebook: https://www.facebook.com/ahmadshukri.kamarudin

 Rukun Negara puak Pakatan,
 Nombor 1 adalah Kebiadapan Kepada Raja dan Negara!


Sunday 17 June 2012

PERUTUSAN Y.A.B PERDANA MENTERI DATO' SERI NAJIB SEMPENA ISRAK DAN MIKRAJ 1433 HIJRAH!!!






Salam semua,Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia, Saudara dan saudari sekalian,

1. Alhamdulillah, sekali lagi kita diberi kesempatan untuk bertemu bulan Rejab, dengan harapan akan disusuli dengan Syaaban seterusnya menikmati kemuliaan beribadah di bulan Ramadhan. Sesungguhnya, 27 Rejab secara tradisinya membawa ingatan kita kepada satu peristiwa agung yang tiada taranya, iaitu Peristiwa Israk dan Mikraj. Biarpun kisah ini berlaku melebihi 1400 tahun yang lalu, tetapi kerelevanan dan kepentingannya adalah amat signifikan buat umat Islam.

2. Sememangnya, ini adalah sesuai dengan apa yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran apabila Allah SWT memaktubkan peristiwa agung Israk melalui firman-Nya dalam surah al-Israa^ ayat pertama yang bermaksud:-“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

3. Sebaiknya, selain kita mengagumi peristiwa ini secara harfiah, adalah lebih afdal kiranya kita menjadikannya pedoman bagi mendepani cabaran semasa umat hari ini. Sebagaimana para nabi telah disatukan untuk berimamkan Rasulullah SAW di Masjidil Aqsa, demikianlah kita perlu bersatu untuk mempertahan serta menegakkan agama Islam.

 4. Kita juga mestilah mengiktibari peristiwa Israk dan Mikraj ini untuk mengukuhkan akhlak kita sebagai seorang muslim yang unggul terutamanya melalui solat dan ibadah-ibadah yang lain. Rasulullah SAW sentiasa menyeru kita agar menjaga solat dan akhlak. Akhlak yang kurang baik dan keruntuhan moral oleh segelintir umat Islam kini berpunca daripada solatnya yang tidak khusyuk menyebabkan mereka masih melakukan perbuatan keji dan maksiat. Justeru, pelaksanaan solat yang khusyuk berupaya menjadi benteng untuk mengukuhkan kekuatan akidah dan akhlak umat Islam bagi menghadapi segala serangan sosial masa kini.

5. Menyaksikan apa yang berlaku di luar negara, kita seharusnya bersyukur dengan kestabilan sosial, politik dan ekonomi yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita. Ini semua memerlukan dukungan dan peranan semua pihak. Syukur Alhamdulillah, baru-baru ini kita telah dinobatkan sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara dalam Indeks Keamanan Global. Justeru, saya menyeru segenap lapisan masyarakat agar menyokong usaha-usaha kerajaan dan mengambil bahagian dalam membina persekitaran negara yang aman dan selamat.

6. Sesungguhnya, institusi masjid yang menjadi teras di dalam peristiwa bersejarah Israk dan Mikraj ini telah mengingatkan umat Islam dengan ikatan erat mereka dengan Masjidil Aqsa dan Baitulmaqdis. Dunia menyaksikan, bagaimana Malaysia terus istiqamah dengan pendirian kita menentang kezaliman dan keganasan rejim zionis Israel di Palestin tanpa berdolak-dalik.

 7. Akhirul kalam, saya dan keluarga mengajak semua umat Islam di negara ini bersama-sama mengiktibari Peristiwa Israk dan Mikraj ini. Semoga penghayatan kita kepada peristiwa hebat ini menjadikan hari esok kita lebih baik daripada hari ini. Insya-Allah.Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Saturday 16 June 2012

PEMBANGKANG KENA TANG DAHI DUA KALI!!!

salam semua, KB terjumpa video ni pulak.






pandai "spin" rupanya geng geng PEMBANGKANG NI!!!!!

Friday 15 June 2012

PEMBANGKANG KENA TANG DAHI SEKALI!!!

salam semua, tadi KB terjumpa video ni.

SELAMAT MENONTON!



Terbaiklah YB Zulkifli Noordin membongkar segala-galanya!
Rupanya pandai pembangkang putar belit!

SULTAN JOHOR MURKA TERHADAP NIZAR!!




salam semua,

baru baru ini, DYMM Sultan Johor murka terhadap Nizar! Baginda bertitah

"Baru-baru ini, ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ). Adakah dia lupa tentang adab melayu? Atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek dan akalnya?

"Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebanar. Bukankah berdiam itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik.

"Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya "janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati." titah baginda semasa merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-12 di Kota Iskandar di sini.

Sultan Ibrahim bertitah, setiap tindakan yang baginda buat adalah mengikut cara dan jalan yang betul dan setiap kebajikan yang dilakukan tidak perlu diperbesarkan.

"Tindakan pemimpin ini bukan sahaja mendatangkan kemurkaan kepada saya, tetapi juga satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor. Saya harap dia sedar siapa diri dia dan kesilapan yang telah di buat.

"Jika hendak minta maaf, mintalah maaf kepada semua rakyat Johor, bukan kepada saya seorang sahaja.

"Pepatah Melayu sering mengingatkan terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

"Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli-ahli gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Johor yang telah memberikan sokongan kepada saya dan menyembah ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi untuk sama-sama menjaga kedaulatan raja dan negeri Johor Darul Takzim yang kita sayangi ini" titahnya.



Tuesday 12 June 2012

WWW1 MILIK SATRIA NEO!!!!!



salam semua,

akhirnya terjawab sudah teka-teki bahawa kereta manakah bakal diberi nombor WWW1 oleh DYMM TUANKU SULTAN JOHOR. SATRIA NEO KERETA NASIONAL menjadi pilihan DYMM TUANKU SULTAN JOHOR.

KB dengar-dengar Nizar nak berjumpa dengan Sultan Johor secara peribadi kerana kebiadapan Nizar mempertikaikan no plat yang yang berjaya Sultan Johor bida! 

KB nak pesan jangan sampai Rakyat Johor naik menyampah dengan Nizar dan tak bagi Nizar jejak Johor!


HARGA MINYAK RON 95 LAGI MAHAL DARIPADA RON 97!!!

salam kepada semua.

apa khabar semua? artikel kali ini KB nak kupas sedikit mengenai harga minyak di Malaysia!
percaya atau tidak, HARGA MINYAK RON 95 LAGI MAHAL DARIPADA RON97! mesti ramai yang tidak tahu tentang fakta sebenar ini. Pada dasarnya, harga petrol bagi kedua-dua minyak ini lebih murah berbanding harga pasaran iaitu RM3.38 seliter bagi RON97 dan RM3.18 seliter bagi RON95 kerana kerajaan tidak mengenakan cukai jualan sebanyak 58sen. Prihatinya Kerajaan mengambil keputusan untuk tidak mengenakan cukai jualan bagi memastikan pengguna tidak dibebani dengan harga petrol yang tinggi. Tidak cukup dengan TIDAK MENGENAKAN CUKAI JUALAN, KERAJAAN MENANGGUNG PULA SUBSIDI SEBANYAK 70SEN BAGI MEMBOLEHKAN RON95 DIJUAL PADA RM1.90 SELITER!!