Saturday 31 December 2011

DEKAT SUDAH DENGAN MATI..



AYOYO! kurang dari 6 jam lagi kita akan memasuki tahun baru. Segala peristiwa dan detik 2011 akan dilipat dan disimpan dalam sejarah. Kegembiraan dan kedukaan sepanjang tahun 2011 ini akan ditinggalkan untuk menghadapi kegembiraan dan kedukaan yang telah tersedia untuk tahun 2012 ini pula. Tetapi itu semua adalah aturan tuhan dan kita tidak mampu untuk menduganya.

KB ingin mengingatkan semua bahawa semakin bertambah tahun semakin bertambah dekat kita dengan AJAL. Bagaimanakah dengan amalan kita yang lepas? penuh dosa atau dihiasi dengan pahala? andai kurang pahala, mari kita berazam untuk menambahnya pada tahun baru ini. Andai sudah banyak, kita pertingkatkan agar kita lebih dekat dengan SANG PENCIPTA kita.


Walau bagaimanapun KB  nak ucapkan selamata menyambut tahun baru kepada semua sekali. Kepada semua MAHASISWA, anda diingatkan pada 9 JAN nanti untuk TIDAK menyertai mana-mana perhimpunan.


p/s: KB sambut tahun baru atas sejadah je...

16 SEPT BERTUKAR 9 JAN?



WAH...TAJUK KALI INI KB NAK BERBICARA TENTANG SEBUAH KERAJAAN IMPIAN YANG INGIN DIBINA OLEH SEORANG PEMIMPIN HEBAT DUNIA. TARIKH ASAL PENUBUHAN NEGARA INI ADALAH PADA 16 SEPTEMBER 2008. TAPI TELAH BERTUKAR KEPADA 9 JANUARI 2012. KENAPA BERTUKAR TARIKH PULA? INI KITA KENA TEMUBUAL BAKAL PERDANA MENTERI INI.SIAPAKAH BELIAU? KITA LIHAT DIBAWAH INI OK?
.
.
.
.
.
.
.
Bakal Perdana Menteri 'kesayangan' rakyat?
BELIAU DIKATAKAN MENERUSKAN HASRAT BELIAU UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI WALAUPUN DENGAN MENIPU RAKYAT NEGARA INI. HAL INI TERJADI KERANA INGIN MENDAPATKAN KUASA. KITA LIHAT CARA BELIAU BERKEMPEN, SANGAT BERSEMANGAT BUKAN?

lihat kata2 pemimpin ini!


DAN ADAKAH INI MENJADI RUMAH RASMI BELIAU DAN PEJABAT BELIAU? SERTA SEGALA PENGHUNI DI SINI AKAN MENJADI RAKYAT BELIAU? JIKA BEGITU, IMPIAN BELIAU TERCAPAI!!!


kediaman rasmi 'sesumpah'?


p/s: sesumpah kb sangat jinak!

Thursday 29 December 2011

IMAM MAHDI DI MALAYSIA?


Malaysia pada hari digemparkan oleh berita bahawa IMAM MAHDI telah berada di sini. Hal ini telah dikhabarkan oleh tokoh agama yang terkenal kalau bukan DR. BADRUL AMIN. Tokoh agama ini sangat hebat sehingga boleh mengkritik bekas mufti Perlis dan juga mufti Perak. Oleh yang demikian kata beliau harus kita percaya! serius ni..bukan cubaan k. harus kita percayai! sila nafikan jika kalian ada hujah khas melawan hujah beliau!

Dibawah ini adalah gambar orang yang mempunyai ciri-ciri IMAM MAHDI yang telah didakwa oleh DR BADRUL AMIN...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
'IMAM MAHDI' sedang berdoa



p/s: terus mengkaji dan mendengar pendapat tokoh agama bertauliah itu penting. dalam PAS ada nabi, dalam DAP ada khalifah umar, dalam PKR ada IMAM MAHDI..WOW!

Tuesday 27 December 2011

SI AYAH YANG MEMALUKAN


Setiap manusia dan pentadbiran manusia itu sememangnya tidak sempurna. Kenapa ia tidak sempurna? Sebab kita adalah makhluk dan hamba. Setiap kesempurnaan adalah hak milik ALLAH.

Sebagai manusia jangan kita hanya tahu menghukum sahaja. Kita seharusnya menegur dan menasihati dengan cara baik. Tetapi percayalah bahawa walau tidak sempurna mana pun kita, kita tetap mahu lakukan yang terbaik untuk kehidupan kita. seperti dalam kisah di atas, kecekalan ayah yang pekak dan bisu untuk memenuhi kehidupan anaknya. Walaupun ayahnya tidak sempurna seperti orang lain, namun ayahnya tetap menyayangi anaknya seperti orang lain.


p/s: KB sayang ayoh KB, tp KB x suko ayoh macem abe nuor tu......

IMAM Mesir 'siku' Adam Adli?


Pengerusi Ikatan Mahasiswa Anak Melaka Mesir Sau. Syed Luqman Hakim mewakili persatuan Perubatan Mesir Al-Azhar tahun 3 tidak menyokong tindakan Adam Adli menurunkan bendera Perdana Menteri Malaysia.





Tindakan Adam Adli daripada pelajar UPSI yang menurunkan bendera Perdana Menteri dan menggantikan dengan bendera bebas bukan menunjukkan imej yang baik sebagai mahasiswa yang menceroboh rumah kerajaan di PWTC. Sebagai seorang mahasiswa yang bakal bergelar pendidik haruslah mempunyai sikap profesionalisme dan juga berfikiran matang.Untuk menjadi seorang mahasiswa yang berjaya dan bercita – cita tinggi haruslah menumpukan masa terhadap akademik dan bukannya untuk menimbulkan sesuatu isu.Selain itu,demo yang diadakan juga bukan merupakan jalan penyelesaian tetapi hendaklah meluahkan pendapatnya dengan saluran dan medium yang betul dan bukannya dengan cara menurunkan bendera Perdana Menteri kerana ia tidak ada kena mengena dengan tuntutan mahasiswa.Tambahan pula,PWTC juga bukan merupakan tempat yang sesuai untuk menunjuk perasaan.Apa yang penting bagi kami,tindakan Adam Adli bukan menggambarkan imej seorang mahasiswa yang berfikiran matang tetapi adalah sebaliknya.Oleh itu,kami mewakili salah sebuah persatuan di Mesir sesekali tidak menyokong tindakan Adam Adli yang bergelar mahasiswa.Sebagai seorang mahasiswa hendaklah menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan bukannya hanya pandai berdemonstrasi dan membangkang kerajaan yang sedia ada.

sumber :imammesir.blogspot.com

MASIHKAH KITA INGAT WASIAT INI?



Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin-pemimpin yanbg diperbuat semasa merdeka pada tanggal 31 Ogos, 1957; "Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera".

Adalah 7 perkara tersebut ialah;

PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).

KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.






KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

KELIMA : Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan



KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)



Sunday 25 December 2011

JADILAH HAMBA BERTAKWA




SALAM 1MALAYSIA SEMUA,


Pada hari ini KB ingin berbicara tentang TAKWA, cukup mudah menyebut perkataan terbabit tapi bagaimana untuk mengaplikasi TAKWA ini dalam kehidupan kita. Adakah cukup dengan hanya beribadah sahaja itu dipanggil TAKWA? TAKWA perlu kepada kehidupan yang menyentuh segala aspek kehidupan dan tidak lari dari FITRAH ISLAM itu sendiri. Sering mengingati SANG PENCIPTA dan berbuat baik mencegah kemungkaran.


anak soleh penyejuk hati
Jadilah hamba berTAKWA kerana :-

  • dengan menjadi hamba yang berTAKWA kita akan menjadi anak yang soleh secara automatik
  • dengan menjadi hamba yang berTAKWA kita akan menjadi insan yang soleh secara automatik
  • dengan menjadi hamba yang berTAKWA kita akan menjadi seorang patriotik yang hebat
  • dengan menjadi hamba yang berTAKWA kita akan menjadi seorang mahasiswa yang cemerlang
  • dengan menjadi hamba yang berTAKWA kita akan menjadi ayah yang terhebat
  • dengan menjadi hamba yang berTAKWA kita akan menjadi orang yang sentiasa kenal erti syukur
  • dengan menjadi hamba yang berTAKWA kita akan menjadi seorang yang gagah dan tabah
maka, dengan menjadi HAMBA yang BERTAKWA kita akan melengkapkan kehidupan kita dengan sikap dan nilai yang terpuji secara tanpa kita sedari.


p/s : KB ingin benor nok dpat isteri yang kuat agamanya.

Saturday 24 December 2011

SAJAK 'MELAYU'


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasa tidak terkira
Kurang ajarnya tetap bersantun
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat jangan mati anak

Melayu di tanah semenanjung luas maknanya
Jawa itu Melayu,Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu
Minangkabau memang Melayu
Keturunan Aceh adalah Melayu
Jakun,Sakai asli Melayu

Arab dan Pakistani semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mualaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segalanya kehilangan

Melayu itu kaya falsafah
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Madah diungkap sentiasa disahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidaklah lagi berparut

Baiknya hati Melayu tiada terbandingan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan
"Dagang lalu nasi ditanakkan,
Suami pulang lapar tak makan,
Kera di hutan disusukan,
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu di abad ke dua puluh satu?
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka

Karya Dato' Dr. Usman Awang






p/s: KB terasa benar akan bait2 ayat usman awang..

TARIKH KERAMAT PASANGAN SEJOLI?

UPSI dengar kes tatatertib Adam Adli 9 Januari

KUALA LUMPUR: Sesi pendengaran tatatertib pengurusan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim terhadap pelajarnya, Adam Adli Abdul Halim, 21, yang dilapor menurunkan bendera Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak di pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 17 Disember lalu, akan diadakan 9 Januari depan. 

Ia bertujuan menyiasat pembabitan pelajar dalam insiden yang mencetuskan kontroversi itu sehingga berlaku dua demonstrasi berasingan di Putrajaya, baru-baru ini.

abg jambu adam adli

Notis dan arahan terhadap Adam Adli itu diberikan oleh dua kakitangan UPSI yang turut hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pagi semalam ketika Adam dipanggil berhubung laporan polis yang dibuatnya pada 19 Disember lalu di Balai Polis Tun HS Lee di sini.
Antara kandungan arahan berkenaan, Adam diminta menghadiri perbicaraan tatatertib ke atas dirinya kerana didakwa mencemarkan imej UPSI sebagai sebuah institusi pendidikan terulung di negara ini dan didakwa menurunkan harta hak milik PWTC tanpa kebenaran. 

Sementara itu, Adam ketika ditemui selepas memberi keterangan di IPD Dang Wangi semalam berkata dia akan menentang sebarang tindakan diambil ke atasnya oleh UPSI dan menyerahkan siasatan kepada peguamnya. 

“Soal turun bendera itu tidak timbul kerana itu kes lain. Apa yang paling penting, saya hari ini (semalam) dipanggil ke IPD Dang Wangi bagi membantu siasatan terhadap anggota polis yang cuba menumbuk saya dan menghantar mesej ugutan kepada saya,” katanya. 

Adam bagaimanapun cuba menyangkal kesalahan yang dilakukannya ketika ditanya pihak media adakah pihak polis turut menyentuh siasatan terhadap kes menurunkan bendera yang dilakukannya. 

sumber: Berita Harian Online 24 Disember 2011

we 'love' abg Nuar


BAGUSLAH...KEDUA DUA 'HERO' MALAYSIA DAPAT DENGAR KES MEREKA PADA TARIKH YANG SAMA. ABG ANWAR KITA DENGAR UNTUK TERIMA KEPUTUSAN DAN ABG JAMBU ADAM KITA DENGAR BACAAN KES DI TATATERTIB UNIVERSITI.TAHNIAH DARI KEPOK BUDU!

abg adam: abg nuar ku..sy x dapt teman abg nuar pada 901 ni..sedih ni
abg nuar: tidak mengapa anjew. ini semua mainan 'UMNGOK'
p/s: KB dok nunding jari macam abg nuor kito leni..suko nyaloh kan oghe laing deh.

Friday 23 December 2011

Al-Fatihah : Tan Sri Abdul Hamid Othman


Penasihat Agama Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman meninggal dunia akibat strok di pejabat beliau di pusat membeli-belah Maju Junction, di sini hari ini.

Difahamkan Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) itu telah mendapat serangan strok ketika sedang menjalankan urusan kerja di pejabatnya dan meninggal dunia kira-kira pukul 4.45 petang tadi.

Tan Sri Hamid Othman pernah memegang jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ketika era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sebelum ini, Allahyarham pernah memegang jawatan sebagai Penasihat Agama Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. 

Al-Fatihah.



p/s: KB nok ajok semua pembaco blog ni agor sentiaso ingat ke SANG PENCIPTA.

credit kepada: MPP Online

Thursday 22 December 2011

Afdlin VS Abg Jambu Adam Adlin

 


cuba dengar sekali amanat artis kita ni! JANGAN LIHAT SIAPA YANG BERKATA TAPI LIHAT APA YANG BELIAU KATA!!!

wahai saudara Adam Adli, cuba saudara bayangkan andai ada orang mengalihkan sofa dalam rumah saudara untuk tunjuk tanda protes pada saudara, kemudian orang tersebut meletakkan sofa buruk dia dalam rumah saudara Adam Adli, saudara marah atau tidak? adik beradik saudara marah atau tidak? ayah dan mak saudara marah atau tidak?


FIKIR-FIKIRKAN dan SEMOGA SAUDARA SELAMAT DARI ANWARISME!!

p/s: KB nak g sambung jual kepok ngan budu jap dekat losong ni.

Baucer Buku RM200



     Alhamdulillah, bersyukur kepada tuhan kerana telah menambahkan lagi rezeki kepada semua mahasiswa di Malaysia ini. Beruntung benar rasanya menjadi mahasiswa negara ini kerana telah mendapat inisiatif dari Perdana Menteri kita dalam belanjawan 2012 ini.

    Sebagai mahasiswa negara ini, kita harus FAHAM ERTI SYUKUR. cukup mudah nak faham dan terjemahkan erti syukur. berikut cara nak tunjuk erti syukur:-

  •  belajar dengan rajin dan fokus.
  •  tidak mudah terpedaya dengan propaganda untuk menjatuhkan institusi tempat kita menuntut ilmu
  •  bercita-cita untuk membalas jasa ibu bapa
  •  tidak tergolong dalam mahasiswa yang sering melakukan perkara-perkara yang menjejaskan    kehidupan sebagai mahasiswa
  • menyumbang kepada pembangunan negara dari aspek sosial dan ekonomi serta agama
  • tidak memecahkan kesatuan mahasiswa negara ini
    Bukan senang nak dapat durian runtuh sebegini mahasiswa sekalian. sekurang-kurangnya ia dapat membantu mengurangkan masalah kewangan membeli buku yang dihadapi oleh kita nanti. Ia juga boleh membantu mengurangkan sedikit kebergantungan kita kepada ibu bapa dalam membeli kelengkapan buku kita.

   Sekalung jutaan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri di atas keprihatinan beliau kepada mahasiswa di negara ini. Tranformasi yang dibawa oleh beliau sudah dterjemahkan dengan baik sekali. Harap semua mahasiswa dapat menggunakan  semua yang diberi oleh pihak kerajaan dengan baik. :D

Wednesday 21 December 2011

STATISTIK KEPUTUSAN PMR 2011: PENCAPAIAN PMR 2011 TERBAIK DALAM 4 TAHUN



PUTRAJAYA: Seramai 34,271 pelajar daripada 441,137 yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 mendapat gred A dalam semua mata pelajaran, berbanding 30,863 pada 2010.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata ini merupakan peningkatan 0.75 peratus.
“Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2011 dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini hari ini.
Katanya kementerian itu berterima kasih kepada guru dan pelajar serta semua pihak yang berkenaan atas usaha mereka membantu meningkatkan GPN tahun ini.
Abd Ghafar berkata bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini.
Calon yang mendapat minimum gred D pula meningkat 61.88 peratus kepada 272,966 berbanding 265,388 tahun lalu, katanya.
Bagi pencapaian calon luar bandar pula, mereka yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran meningkat kepada 6,474 orang berbanding 5,825 tahun lalu, manakala calon di bandar yang mendapat semua A melonjak 0.86 peratus kepada 26,189 berbanding 24,084 orang tahun lepas.
Calon yang mendapat semua gred E pula terus menunjukkan penurunan baik di bandar mahupun di luar bandar, iaitu di bandar hanya 216 orang berbanding 249 tahun lepas, sementara di luar bandar menurun kepada 121 berbanding 132 orang pada 2010.
“Nilai GPN calon bandar menurun sebanyak 0.04 mata berbanding calon luar bandar sebanyak 0.03 mata. Namun pada keseluruhannya, pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar,” katanya. –BERNAMA

Tuesday 20 December 2011

AUKU hanya suam kuku??




Segalanya AUKU... takkala golongan disana bergendang bersorak gembira atas kemenangan mereka mengenai pindaan AUKU. Disebelah pihak yang selama ini bermati-matian menyokong AUKU terus meratapi kekalahan mereka.


Sehingga ada yang terus berhenti untuk berjuang. Berhenti untuk mengeluarkan peluh perjuangan kerana jerit perih mereka hanya dipandang sepi oleh pihak kerajaan.

Mahasiswa harus menyambut “baik” pengumuman yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri mengenai AUKU Seksyen 15 akan dipinda tetapi akan memastikan politik kepartian tidak akan masuk ke kampus. atas dasar demokrasi suara pihak ketiga kami ingin menerapkan beberapa pendapat yang harus difikirkan bersama tidak kira dari golongan politik, mahasiswa dan juga ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke IPTA untuk menjadi insan yang berguna satu hari nanti. berilah pandangan,cadangan resolusi sebelum akta ini diperkenalkan.

Sekiranya mahasiswa dibenarkan untuk menjadi ahli kepada mana-mana parti politik secara tidak langsung mahasiswa yang menuntut di Universiti itu adalah ahli politik dan secara automatik parti politik itu turut berada di dalam kampus. Oleh yang demikian kredibiliti mahasiswa selaku pihak ketiga akan tengelam.

JAWATANKUASA PINDAAN AUKU

 Jawatan kuasa ini ditubuh oleh Kerajaan



KENYATAAN AKHBAR
MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
YB. DATO' SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENGENAI PENUBUHAN JAWATANKUASA PINDAAN
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (AUKU) 1971
12 DISEMBER 2011

Kerajaan telah bersetuju untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Pindaan ini menekankan dua prinsip iaitu :
  • membenarkan mahasiswa terlibat dalam aktiviti dan parti politik di luar kampus. 
  • mengekalkan kampus sebagai entiti yang bebas daripada aktiviti politik kepartian. 

Jawatankuasa Pindaan AUKU yang diurusetiakan oleh Unit Undang-undang, Kementerian Pengajian Tinggi.

Keahlian jawatankuasa adalah seperti berikut:

YBhg. Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal bin Nik Mahmod (Pengerusi)
Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia;

YBhg. Datuk Prof. Dr. Shamsul Amri bin Baharuddin
Pengarah
Institut Kajian Etnik
Universiti Kebangsaan Malaysia;

YBhg. Datuk Prof. Emeritus Dr. Shad Saleem Faruqi
Penasihat Undang-undang
Universiti Teknologi MARA;

YBhg. Datuk Prof. Dr. Rohana binti Yusuf
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Universiti Malaya;

YBhg. Dato' Wan Azman bin Wan Omar
Pendaftar
Universiti Putra Malaysia;

YBrs. Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian
Timbalan Dekan
(Pengajian Siswazah dan Penyelidikan)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan;

YBhg. Prof. Madya Dr. Hamidin bin Abd. Hamid
Ketua Pegawai Eksekutif
Razak School of Government;

YBhg. Prof. Dr. Azali bin Mohamed
Pengarah
Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi dan

YBhg. Datin Prof. Madya Noor Aziah binti Haji Mohd Awal
Presiden
Persatuan Kakitangan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia.

YBrs. Dr. Seow Ta Wee
Ketua Jabatan Pengurusan Binaan dan Harta Tanah
Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan
Universiti Tun Hussein Onn.

Jawatankuasa ini bertujuan mendapatkan pandangan/maklum balas pemegang taruh, melihat AUKU secara keseluruhan berikutan cadangan meminda Seskyen 15 bagi memastikan seskyen-seksyen lain di dalam AUKU adalah selari dengan cadangan pindaan dan memastikan pindaan AUKU adalah selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 10 mengenai hak-hak bersuara, berpersatuan dan berkumpulan secara aman.

Sehubungan dengan itu, semua universiti melalui para mahasiswa dan ahli-ahli akademik hendaklah mengadakan perbincangan dan keputusan boleh dikemukakan kepada jawatankuasa ini melalui sesi perjumpaan atau penggunaan media sosial. Saya difahamkan, beberapa sesi perbincangan akan diadakan seperti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 18 Disember 2011 manakala MPP Universiti Sains Malaysia (USM) pada 20 Disember 2011 selain meja bulat yang melibatkan YB. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Saya percaya, banyak lagi sesi perbincangan akan dilakukan di universiti.

Draf pindaan AUKU akan disiapkan sebelum akhir bulan Januari 2012 dan dijangka dibentangkan di Mesyuarat Parlimen pada bulan Mac 2012.



AUKU?? Relevankah lagi??

1. Hari ini kita akan melihat sesetengah mahasiswa mahupun masyarakat akan terpedaya dengan persepsi segelintir pihak tertentu yg memburukkan AUKU dek kerana pemahaman terhadap AUKU dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat masih lagi di tahap yg tidak memuaskan.

2. Kewujudan AUKU ini bukan hanya berkaitan dengan mahasiswa tetapi lebih banyak memfokuskan kepada penubuhan, pentadbiran dan pengurusan universiti.
AUKU tidak sewajarnya dilihat daripada perspektif politik tetapi lebih menjurus kepada kepentingan pelajar itu sendiri.

3. Hampir keseluruhan seksyen dalam AUKU pula menyentuh mengenai penubuhan, pentadbiran dan pengurusan universiti. Jadi seharusnya tidak timbul isu bahawa AUKU perlu dimansuhkan kerana selain Seksyen 15, seksyen lain menyentuh mengenai pihak universiti.

4. Kewujudan Seksyen 15 dalam AUKU mempunyai beberapa kepentingan :

a) Memberi kebebasan kepada mahasiswa drpd mana2 parti politik dan kumpulan yg mempunyai agenda tersendiri.


b) Menghalang parti politik yg cuba membawa politik yg kurang sihat ke dalam kampus.


c) Mahasiswa akan berpartisipasi dalam pembangunan negara dan dasar kerajaan sebagai "pihak ketiga" bukannya memihak.


d) Mahasiswa hari ini bebas untuk menyertai NGO yg tidak bermotifkan politik.


e) Biarlah mahasiswa menjadi pemerhati bebas. Pemerhatian yang bebas akan melatih kita selaku mahasiswa lebih matang dalam member teguran tanpa menpunyai sentimen yang negatif kepada mana-mana parti politik.






5. Kerajaan perlu membuat rayuan dengan membawa kes berkaitan Seksyen 15(5)(a) yg dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kpd mahkamah yg lebih tinggi demi kepentingan majoriti mahasiswa yg inginkan kampus mereka aman dan harmoni.

6. Kerajaan tidak boleh tunduk kepada minoriti mahasiswa yg inginkan Seksyen 15(5)(a) dimansuhkan tetapi kesan buruknya akan melanda keseluruhan masyarakat kampus dan menyebabkan kampus tidak harmoni dan aman.

7. Jangan terpedaya dengan slogan kebebasan yg digunakan oleh segelintir pihak tertentu kerana di dunia ini tidak ada kebebasan mutlak selain kebebasan terpimpin.

Luahan Hati Mahasiswa. Mansuh AUKU Hanya Politik Kotor Pembangkang.

Pitbull Featuring Chris Brown - International Love