Saturday 26 May 2012

LIMA CIRI-CIRI BELIA MASA HADAPAN!!!!!

salam semua,

133_najib-budget.jpg (300×276)

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak menggariskan 5 ciri belia yang boleh menjamin masa depan negara iaitu:

1) Cintakan Keamanan
2) Beradab
3) Berhemat Mulia
4) Tertib
5) Menghormati Undang-Undang


AYUH BELIA MALAYSIA! MARI KITA AMALKAN CIRI-CIRI TERSEBUT DEMI MALAYSIA TERCINTA!



Tuesday 22 May 2012

HIMPUNAN JUTAAN BELIA!!!

salam semua




KB ingin menjemput semua belia Malaysia dari seluruh pelusuk negara untuk menghadiri dan memeriahkan HIMPUNAN JUTAAN BELIA!


Banyak aktiviti-aktiviti yang menarik akan berlangsung! AYUH SEMUA!

Monday 21 May 2012

BERSIH 3.0 YANG TIDAK BERSIH!

salam semua,

KB sebenarnya tertarik untuk mengupas tentang isu BERSIH 3.0 yang hakikatnya TIDAK BERSIH!!

mula-mula KB berasa sangat bangga melihat bendera MALAYSIA berkibar di DATARAN MERDEKA. KB berasa bertuah kerana dilahirkan di bumi MALAYSIA yang AMAN, MAKMUR, SEJAHTERA dan MEMBANGUN ini.


tetapi MALANGNYA, wujud manusia yang "tidak pernah menghargai keamanan" yang telah kita kecapi sehingga sanggup mewujudkan kekecohan di MALAYSIA TERCINTA dengan berdemonstrasi di jalanan.






Bersih+3.0.jpg (640×403)


INI TIDAK BERSIH!!!!

APAKAH TUNTUTAN BERSIH 3.0?




jawatankuasa pilihan khas (PSC) telah ditubuhkan untuk menambahbaik Sistem Pilihan Raya Malaysia. 7 tuntutan daripada 8 tuntutan yang di kemukakan oleh Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH) diterima! Tetapi yang cukup mengecewakan BERSIH yang diketuai oleh "Amburger" tidak berterima kasih atau menghargainya! 


RAFIZI VS KHAIRY!!


DEBAT PTPTN!

Salam semua. Esok akan berlangsungnya debat antara RAFIZI dan KHAIRY.

Tapi KB lebih berminat untuk mendengar KHAIRY berdebat! KB melihat KHAIRY lebih matang menyatakan dan menyuarakan pendapat dan KHAIRY menyatakan lebih banyak fakta dan "figures". Sebagai contoh ketika beliau berdebat dengan "AMBURGER" sebelum ini mengenai BERSIH 3.0. KHAIRY kelihatan lebih tenang ketika berdebat dan tidak menggunakan emosi!

"ALL THE BEST KJ"!!!!!!!!

Mari kita nilai fakta dan isi-isi yang bakal didebatkan oleh mereka! 

Saturday 19 May 2012

TUNKU AZIZ UMUM KELUAR PARTI??

salam kepada semua.

   Baru-baru ni agak kecoh jugak apabila Tunku Aziz selaku Naib Pengerusi DAP umum keluar parti!!! KB dengar beliau ada mencetuskan kontroversi apabila menegaskan pendirianya menerusi kenyataan media tidak bersetuju dengan keputusan menganjurkan BERSIH 3.0 di dataran merdeka. Antara sebab beliau tidak bersetuju dengan BERSIH 3.0 kerana peserta bakal berdepan dengan risiko yang amat tinggi dalam soal keselamatan.

  Pendirian beliau ini sudah pasti diselar oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta "sahabat seperjuanganya" Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

  Beliau mengumumkan perletakan jawatan keahlian DAP berkuatkuasa 14 Mei.



KUALA LUMPUR: Former DAP vice-chairman Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim has made an impassioned call to the people to support the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.
Give Najib the chance and time to see his transformation programmes currently being implemented, come into fruition, he said in an interview with Bernama.
sumber The Star


KB berpendapat bahawa pendirian Tunku Aziz ini betul. Tetapi malangnya seperti biasa, tidak disenangi oleh PARTI PEMBANGKANG! Mungkin pucuk pimpinan "PEMBANGKANG" sahaja yang betul??

Wednesday 16 May 2012

SELAMAT HARI GURU!!

salam semua.

KB ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia. Terima kasih guru kerana mendidik tanpa jemu. Guru ibarat lilin yang membakar dirinya untuk menerangi orang lain. Banyak pengorbanan dilakukan guru hanya untuk melihat anak muridnya berjaya. Guru tidak pernah jemu menegur, mengajar, dan memperbetulkan apa yang salah.

Rasulullah saw bersabda, "Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka putuslah amalanya kecuali 3 perkara, iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuknya." (HR. Muslim)

Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik GURU.
 




GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA.

Sunday 13 May 2012

APABILA MERAH TEWAS!

Salam, merah yang KB maksudkan ialah MANCHESTER UNITED!!

article-0-08EFB0F4000005DC-704_306x439.jpg (306×439) Crying shame: Patrice Evra weeps as the title that seemed to be theirs was snatched away


dalam 1minit apa-apa boleh berlaku. Tapi sejarah MANCHESTER UNITED telah memenangi EPL 11 kali sejak dari 1992! Cuba lagi musim depan MANCHESTER UNITED!


Let's party! Manchester City's jubilant players lift the Premier League trophy after the late drama

Now we rule the city: Manchester City fans celebrate with a banner aimed at their rivals

Apa-apa pun, tahniah KB ucapkan kepada MANCHESTER CITY!!!!!

Peristiwa Berdarah 13 Mei

Salam, hari ini KB ingin menyertakan kronologi 13 Mei


Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, S’gor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di S’gor yang menyaksikan 50:50 di S’gor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar KL. Perarakan hingga ke Jln Campbell dan Jln Hale dan menuju ke Kg Baru. Sedangkan di Kg Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar S’gor ketika itu, Dato’ Harun Idris.



Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu (‘menyingkir’) orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai maksud yang negatif. Ada yang mencaci dan meludah dr atas lori ke arah org Melayu di tepi jln.
Perarakan kematian Cina
Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jlnraya turut berlaku.
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jln dgn kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pd hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kwsn Bukit Bintang, KL. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.
Rumah Menteri Besar S’gor
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari ke2 pihak. Perarakan ini x dirancang.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar S’gor di Jln Raja Muda Abdul Aziz di Kg Baru, KL. Dato’ Harun Idris selaku Menteri Besar S’gor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa2nya, mrk yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang pjg dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dr Dato’ Harun Idris untuk mengamuk.
Ketika berkumpul, cerita2 tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap2. Jam 3 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua km dari rumah Menteri Besar S’gor.
4.00 petang 2 penunggang motosikal Cina yang melalui Jln Kg Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda2 Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi2 gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang2 Melayu di sekitar KL. Rupa2nya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.
Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar KL. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar KL.
Rejimen Renjer
Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.
Pasukan FRU dikeluarkan dr Kg Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang2 Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain2 turut menembak orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap2. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.
Pemuda2 Melayu yang mempertahankan Kg Baru dan yang lain2 mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar S’gor.
Askar Melayu
Akhirnya Rejimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kg Baru, Jln Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai2 emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.
Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang sahih mengenai rakaman ini.
Panggung Odeon
Pemuda2 Cina dari kongsi2 gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jln Tuanku Abdul Rahman, KL. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah 2 orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.
Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di KL yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura2 mati. Beliau masih hidup hingga skrg. Akibat daripada tindakan sebegini, orang2 Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .
Abdul Rafai Alias bersama rakan2nya dari Semenyih yang datang ke KL turut terperangkap dan terkejut dgn rusuhan kaum yang tidak disangka2 pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah2 mayat mereka yang telah terbunuh di atas jln.
Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kg Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Ada 4 kiai di sekitar Kg Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang mahal . Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang2. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kg Baru ketika itu. Mungin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang dan memenggal kepada orang Cina.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa2. Cuma ada sedikit di Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM.
Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan “politik” dan bukanya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat melayu dan cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan x berlaku di negeri melayu kelantan, pahang dan kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang cina di negeri2 tersebut kerana habis di bunuh oleh orang melayu.
Kesimpulanya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanyaraya dan hanya melibatkan orang2 melayu dan cina di KL shj.
Angka korban
Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.
Di mana Tunku
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik KL memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain mahjung. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut.
Mageran
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.
Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh org Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku “Dilema Melayu” (“Malay Dilemma”) oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan gandingan Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim memburukkan Tunku Abdul Rahman.
Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.
Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.
Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan KL dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam DUN Sgor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendpt tafsiran semula.


sumber Berita Harian Online













KB berharap agar peristiwa 13 Mei tidak berulang lagi. Biarkan ianya menjadi seperti mimpi buruk kepada kita. Kita 1 MALAYSIA!

Friday 11 May 2012

INI SEBAB ANWAR TAKUT UMNO !?

Salam kepada semua? adakah ini sebab Anwar "kecut perut"?










adakah ini yang dikatakan sokongan terhadap UMNO semakin "berkurang"?