Monday 30 July 2012

APA JADI "REJIM" PAKATAN???



Kesian Tgk Rejim PAKATAN heboh pasal amik 2ekor Virus BN di Sabah. Depa lupa kah yang dlm sejarah, Rejim Pakatan lah yang paling ramai keluar parti hingga KB rasakan boleh dicadangkan masuk Malaysian Book Of Record, kerana paling ramai Ahli Parlimen dan Adun keluar Pakatan tak sampai  SATU Term. Bersama-sama ini saya senaraikan Ahli REJIM PAKATAN yang sudah meninggalkan Parti Bingai ini....


1 - Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar
2 - Bekas Ketua Angkatan Muda Ezam Mohd. Noor
3 - Ketua Penerangan Ruslan Kassim
4 - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Zainur Zakaria
5 - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Datuk S. Nallakarupan
6 - Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti:
7 - Bekas Naib Presiden Marina Yusuff
8 - Bekas Setiausaha Agung Mohd. Annuar Tahir
9 - Bekas Setiausaha Sulit Anwar Anuar Shaari
10 - Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Lokman Noor Adam
11 - Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan Muhammad Zahid Md Arip
12 - Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan Hamdan Taha
13 - Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
14 - Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah Faizal Julaili
15 - Setiausaha PKR Bahagian Papar Awang Mumin Awang Marali
16 - Bekas Bendahari Agung Abdul Rahman Osman
17 - Bekas Naib Presiden PKR Saidatul Badru Tun Said Keruak
18 - Naib Presiden Jeffrey Kitingan
19 - Datuk Zaid Ibrahim
20 - Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor Nazaruddin Darmawan
21 - Ketua Wanita Kuala Selangor Fauziah Sulaiman
22 - Bekas calon PKR Teluk Kemang / antara pengasas PKR, AbdUl Manap Shahardin
23 - Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor Datuk Dr Halili Rahmat
24 - Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak Soraya Sulaiman
25 - Timbalan Ketua PKR Bagan Serai Roshanita Mohd Basir
26 - Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Aminah Abdullah

 Kerusi Parlimen
1 - Ahli Parlimen Bayan Baru - Datuk Seri Zahrain Mohamed
2 - Ahli Parlimen Nibong Tebal - Tan Tee Beng
3 - Ahli Parlimen Bagan Serai - Mohsin Shamsuri
4 - Ahli Parlimen Kulim Baru - Zulkifli Nordin
5 - Ahli Parlimen Wangsa Maju - Wee Choo Keong
6 - Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakhrinan

 Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
1 - Adun Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi
2 - Adun Changkat Jering - Kapten (B) Mohd Osman Jailu
3 - Adun Ngemah - Gabriel Adit Demong
4 - Adun Lunas - Md Radzi Salleh
5 - Adun Pelabuhan Klang - Badrul Hisham Abdullah
6 - Adun Bukit Selambau - V. Arumugam
7 - Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang - Fairus KhairuddIn
 8 - Dato Dr Hassan Ali

dengan banyak ahli keluar parti harap nak perintah negara?

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PERDANA MENTERI!!!

salam semua, Baru-baru ini pada 7 Ramadhan PM telah mengadakan majlis berbuka puasa. KB sempat hadir join malis ni. Siapa tak nak join beb. Ramai juga pemimpin Mahasiswa hadir. Kalau korang semua nak tahu Dato' Sri Mohd Najib mesra beb. Siap boleh amik gambar, bersalaman dengan tetamu yang hadir lagi. Maaf KB lambat upload gambar-gambar majlis berbuka puasa bersama PM. KB sibuk sikit dengan tugasan lain.








WE LOVE PM!!!


Saturday 28 July 2012

PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI ORANG ISLAM ROHINGYA DI MYANMAR


salam semua,



Sekiranya kita ditanya mengenai umat Islam di negara manakah yang tertindas ketika ini, nescaya yang kerap keluar dari mulut kita adalah Palestin, Syria, Afghanistan, Iraq, dan sebagainya. Tapi, berapa ramai di antara kita yang ambil tahu tentang penindasan yang berlaku terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar (Burma) sejak sekian lama? Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Jadi, luangkan sedikit masa dan rajinkan diri membaca untuk mengambil tahu isu ini. Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud, “Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

 1. Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini, 10 orang Muslim di Taunggote, daerah Tongu dibunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.

 2. Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya. Lanjutan itu, puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap, ibu negeri Arakan

. 3. Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah dibakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal. Akibatnya ketegangan telah tercetus apabila orang Islam Rohingya terus dijadikan sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk di kawasan kampung lain di seluruh wilayah Arakan.

 4. Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima, polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.

 5. Berdasarkan maklumat langsung dari Maungdaw, sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempoh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network, dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

 6. Namun, mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga kini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan. Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga kini.

 7. Pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan bahawa mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.

 8. Lebih memeranjatkan, pihak keselamatan, polis dan tentera, kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim. Walaupun darurat diisytiharkan di Maungdaw dan kini di seluruh Arakan, pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.

 9. Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakan penduduk, namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran di bawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.

 10. Setakat ini, berita yang diterima, empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gitelah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.

 11. Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan, namun bukan untuk melindungi mereka, akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah. Lantaran itu, penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.

 12. 9 hb Jun 2012, sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar. 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar iaitu Warlispara dan Saki Para (dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine.

 13. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar. Dari maklumat terkini, semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. Hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.

 14. Kutukan keras dilemparkan terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya. Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1982 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.

 15. Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh, 60,000 di Thailand, 150,000 di Pakistan, 40,000 di Malaysia. Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.

 16. Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat ke atas Umat Islam Rohingya yang masih berada di wilayah Arakan, Myanmar .

 17. Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah, tanah, ternakan, pemusnahan masjid, arahan tidak dibenarkan membaiki mana-mana Masjid, ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa mengganut Buddha.

 18. Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memiliki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memiliki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memiliki telefon bimbit. Semoga kerajaan


Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan umat Islam oleh regim tentera Myanmar supaya segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi. Kita mesti bertindak tegas jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan. Kekejaman regim tentera Myanmar menzalimi umat Islam Rohingya di Myanmar mesti dihentikan! Sila berikan pendirian anda dan sebarkan mengenai berita ini.Masih ramai lagi yang tidak tahu akan peristiwa yang berlaku di Myammar ini.Sekian

Tuesday 24 July 2012

DUIT RAYA UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN???


salam semua, semalam KB ada terdengar tentang Duit Raya untuk kakitangan kerajaan!

Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar bulan ini. 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500.

 Ia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Pembayaran bonus dan Bayaran Khas Kewangan itu membabitkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Kerajaan berharap ia meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan serta membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam.

Photo: Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar bulan ini. 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500.
Ia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Pembayaran bonus dan Bayaran Khas Kewangan itu membabitkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.Kerajaan berharap ia meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan serta membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam

ini menunjukkan prihatinnya kerajaan terhadap rakyat Malaysia!

Monday 23 July 2012

SELAMAT ULANGTAHUN PERDANA MENTERI MALAYSIA!!!


salam semua, hari ini tanggal 23/7 adalah harijadi Perdana Menteri kesayangan kita. WE LOVE PM!!



semoga PM dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan oleh Allah agar PM dapat terus berkhidmat untuk NEGARA MALAYSIA TERCINTA!


Friday 20 July 2012

SALAM RAMADHAN 1433H!!!

salam semua, KB ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa! Semoga amal ibadat kita diterima oleh Allah.

Di sini KB nak sertakan juga ganjaran PUASA RAMADHAN!



SELAMAT BERPUASA SEMUA!

Monday 16 July 2012

IM4U!!!


salam semua!

Program IM4U yang berlangsung pada 15 Julai 2012 di Taman Tema KLCC mendapat sambutan meriah dengan kunjungan 40 Ribu dari kalangan pelbagai lapisan masyarakat termasuklah dari kalangan belia.








Wednesday 11 July 2012

ISU SEMASA BERSAMA HASAN ALI!!! SIRI 4: SUMPAH LAKNAT!!!



Salam semua, hari ini KB nak dedahkan video ISU SEMASA BERSAMA HASAN ALI!! Kita nilai dan teliti apa yang disampaikan oleh Dato' Dr. Hasan Haji Mohd Ali.







Tuesday 10 July 2012

SELAMAT ULANG TAHUN YAB TUN DR MAHATHIR!!!


Salam semua,

Selamat ulang tahun ke 87 utk Ayahanda tercinta YAB Tun Dr Mahathir. Moga terus dirahmatiNya. YAB Tun Dr Mahathir terbukti begitu berjaya sekali membawa Malaysia ke kemuncak kejayaan yang sungguh cemerlang sekali selama 22 tahun Tun berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Syabas Tun.


Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah diberi pelbagai nama jolokan dan gelaran, positif dan negatif, oleh pelbagai kelompok manusia, kawan dan lawan, di dalam dan luar Malaysia.Kepada kawan di Malaysia beliau pernah dipanggil `Bapak Perindustrian', `Perwira Melayu', `Bapak IT' dan puluhan lagi gelaran. Kepada kawan di luar Malaysia beliau pernah dikenal sebagai `The Voice of the South, The Master Strategist', `Hero of the Underdog' dan paling terakhir sebagai Ibnu Khaldun abad ke-21.Kepada lawan di Malaysia beliau pernah dicemoh sebagai `Penjahanam Bangsa', `Penjual Harta Negara', `Pembela Korporat Korap' dan pelbagai lagi gelaran yang tak enak bunyinya. Di luar Malaysia, media Barat pernah menggelarnya `The Dictator', `Anti-Semitic', `Authoritarian and Corrupt' dan bermacam lagi nama yang keji bunyinya.Yang menariknya, gelaran-gelaran ini amat terpolarisasi sifatnya, sama ada terlalu memuji-memuja atau sangat negatif dan seolah-olah mengeji.

 Tidak ada gelaran yang `jalan tengah' dalam mana ciri-ciri positif dan negatif tersimpul satu. Maka demikian keadaannya sungguh menarik kepada ramai pemerhati mengenai Dr. Mahathir.Dapat disimpulkan bahawa Dr. Mahathir, biar apa pun gelaran yang diberikan oleh sesiapa saja, adalah seorang tokoh yang mendapat perhatian umum dan cukup luas audiennya, bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Di kalangan anggota ASEAN beliau dianggap sebagai seorang pemimpin yang full-of-substance, atau kental lagi berisi. Dalam UMNO ada yang menganggapnya sebagai seorang magician, yang punyai banyak muslihat dan mantera.

 Ada juga yang melihatnya macam seorang guru besar yang garang dan kuat disiplin serta suka merotan. Tak kurang juga bilangan orang BN dan UMNO yang melihatnya sebagai seorang intelektual, yang dilatih dalam bidang kedoktoran perubatan, tetapi menguasai ilmu dan infomasi yang mendalam tentang pelbagai bidang lain.Kalau kita teliti setiap komen, pemerhatian dan gelaran yang telah diberikan terhadap Dr. Mahathir kita akan dapati beliau mempunyai kesemua ciri tersebut. Seperti cerita kanak-kanak tentang 12 orang buta dengan seekor gajah, tidak ada seorang pun yang memberikan komentar terhadap Dr. Mahathir telah mengalami semua aspek kesan daripada kepimpinannya. Lain orang, lain pengalamannya dalam berinteraksi dengan Dr. Mahathir. Maka lainlah persepsi dan pandangan mengenai beliau.Apabila kita gaur-campur kesemua pandangan ini, maka Dr. Mahathir bukan hanya seorang `gajah', malah jauh lebih besar dari itu.

 Sebenarnya beliau adalah suatu fenomena. Biar sebanyak manapun pandangan yang telah diluahkan oleh pelbagai orang dan yang telah dirakamkan dalam bentuk tulisan, jauh lebih besar lagi bilangan manusia di seluruh dunia yang mempunyai pandangan masing-masing mengenai Dr. Mahathir tetapi tidak meluahkannya secara terbuka. Mungkin mereka tidak ada kesempatan berbuat demikian atau tidak punyai saluran untuk menyuarakannya. Yang menyokong atau membangkang mungkin mengatakan bahawa bangunan Petronas Twin Tower sebagai `Twin Tower Mahathir', perlumbaan kereta Formula 1 di Sepang sebagai `F1 Mahathir', jambatan Pulau Pinang sebagai `Jambatan Mahathir', lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, atau KLIA, sebagai `KLIA Mahathir', lebuh raya Utara-Selatan sebagai `Lebuh Raya Mahathir', yang pastinya, dari sudut linguistiks, perkataan atau nama Mahathir sudah menjadi suatu idiom yang telah diterimapakai dan digunakan dalam wacana rasmi dan perbualan seharian di Malaysia. Apabila sesuatu hal atau seseorang mempunyai pengaruh dan kesan yang bagitu luas dan mendalam dalam sesebuah masyarakat, lokal dan global, seperti kini yang dialami oleh Dr. Mahathir, maka, dari sudut sosiologikal, ia mengangkat sesuatu hal atau tokoh berkenaan ke taraf suatu fenomena.

 Maka tidaklah keterlaluan untuk mengungkapkan Dr. Mahathir sebagai suatu fenomena. Inilah pertama kali seorang pemimpin Malaysia boleh dikategorikan sedemikian. Yang paling penting ialah tempoh jangka waktu yang panjang beliau menerajui Malaysia. Beliau bermula, awalnya, sebagai seorang Menteri Kabinet, pada 1974, dan akhirnya menjadi Perdana Menteri, pada 1981 dan bersara pada 2003. Ertinya, beliau telah menjadi Menteri Kabinet kira-kira 30 tahun dalam tempoh 46 tahun Malaysia merdeka.Yang paling signifikan ialah fakta bahawa hampir 22 tahun, dalam tempoh 30 tahun beliau menjadi Menteri Kabinet itu atau dalam tempoh 46 tahun Malaysia merdeka, beliau telah menjawat jawatan Perdana Menteri. Oleh kerana jawatan-jawatan kabinet yang telah beliau sandang itu, seperti Menteri Pelajaran dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Antarabangsa, adalah jawatan-jawatan yang sangat tinggi profilnya di pandangan masyarakat tempatan dan dunia, maka beliau senantiasa berada dalam pemerhatian umum, setidak-tidaknya dalam radar sosial setiap rakyat Malaysia.

 Dalam bidang kajian demografi, tempoh 30 tahun itu dihitung sebagai satu generasi. Maka Dr. Mahathir telah memerintah selama satu generasi. Oleh yang demikian, segala dasar dan pelaksanaan dasar yang digubalnya mengesankan setidak-tidaknya tiga generasi, iaitu, generasi beliau (yang berumur 50-an semasa beliau mula-mula menjadi Menteri Kabinet), generasi yang lahir lepas kemerdekaan 1957, dan generasi yang lahir selepas beliau menjadi Menteri Kabinet. Ini bermakna kesan pelaksanaan semua dasar yang diperkenal oleh Dr. Mahathir telah mengesankan tiga generasi rakyat Malaysia. Tidak pernah seorang Perdana Menteri Malaysia sebelum beliau memerintah lebih dari satu generasi.Faktor jangka waktu ini sangat signifikan dalam meletakkan beliau sebagai seorang pemimpin yang mencapai taraf fenomena. Kerana beliau punyai waktu yang relatifnya sangat panjang untuk memperkenalkan sesuatu dasar, melaksanakannya, merobahnya bila perlu dan memperkenal sesuatu yang baru. Dalam kata lain, kita telah didedahkan kepada pemerintahan gaya Mahathir cukup panjang. Dalam tempoh berkenaan beliau telah mampu atau terpaksa menangani pelbagai isu domestik yang mencabar.

Dalam tempoh berkenaan juga beliau mempunyai waktu dan ruang untuk menerobos ke arena politik antarabangsa dan melibatkan diri dengan aktif. Dalam konteks Malaysia, beliau telah melakukan satu anjakan paradigma penting dalam bidang ekonomi yang mengesankan kehidupan setiap rakyat Malaysia. Beliau telah merobah wajah ekonomi Malaysia daripada bergantung kepada komoditi utama, seperti bijih, getah dan kelapa sawit, kepada yang berorientasikan pengeluaran industri untuk eksport. Dalam bidang pengeluaran industri ini pula Malaysia tidak hanya menumpukan kepada pengeluaran dan eksport barangan yang menggunakan teknologi rendah dan sederhana (seperti industri membuat pakaian, bahan elektronik dan lain-lain) tetapi juga yang menggunakan teknologi tinggi (seperti industri automobil, ICT dan aeroangkasa). Limpahan ekonomi daripada anjakan paradigma ekonomi ini telah dirasakan oleh rakyat Malaysia dengan meningkat berlipat gandanya pendapatan per kapita daripada sekitar AS$800 ke AS$3,000 dalam tempoh dua dasawarsa.

 Loncatan pendapatan per kapita inilah yang dijadikan bahan bualan dan pujian, malah menimbulkan semacam rasa ajaib, di kalangan pimpinan negara-negara Dunia Ketiga, OIC, dan juga pimpinan negara maju G7 serta badan-badan dunia seperti Bank Dunia dan IMF.Kejayaan ekonomi ini pastinya telah melibatkan pembentukan rangkaian hubungan bilateral dan multilateral dalam bidang ekonomi dengan pelbagai negara di dunia dan juga dengan gergasi-gergasi syarikat multinasional global. Berlandaskan hubungan ini dan juga kejayaan yang dicapai telah memungkinkan beliau menerobos ke arena politik antarabangsa.Beliau telah memprofil Malaysia, di pentas politik global, sebagai sebuah middle-range power, justeru melipat gandakan kegiatan Malaysia dalam ASEAN, APEC, Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Mesyuarat ASEAN-Eropah (ASEM) dan akhir-akhir ini OIC. 

Melalui platform wacana Selatan-Selatan dan Dialog Antarabangsa Langkawi beliau bukan sahaja meletakkan Malaysia sebagai sebuah kuasa politik bahkan juga sebagai satu model pembangunan ekonomi yang boleh dijadikan ikutan.Banyak lagi kegiatan yang boleh disenaraikan yang telah dilaksanakan oleh Dr. Mahathir dalam tempoh 30 tahun sebagai Menteri Kabinet termasuk 22 tahun sebagai Perdana Menteri, yang mengesankan manusia dalam dan luar Malaysia.

Tidak semuanya berjaya. Adunan kejayaan dan kegagalan beliau itu telah memperkukuhkan lagi klise bahawa manusia itu tidak sempurna.Kejayaan beliau dalam ketidaksempurnaan itulah yang telah menjadi buah mulut sedunia dan akan terus menjadi buah mulut. Inilah yang sebenarnya telah mengangkat Mahathir ke taraf suatu fenomena. - Prof Datuk Dr. Shamsul Amri Baharudin adalah Pengarah Institut Kajian Oksidental (Ikon).



Wednesday 4 July 2012

KENAPA SELANGOR ASYIK NAK JUAL ASET NEGERI??





Salam semua, KB nak update tentang Selangor hari ni!

UNISEL adalah universiti yang didirikan di bawah usaha kerajaan BN Selangor pada 1999. Sejak dari itu, tidak pernah pun UNISEL kena jual asetnya berharga berjuta-juta kepada orang lain untuk menampung kewangan universiti tersebut.

 Tetapi KENAPA BILA PAKATAN PEGANG NEGERI SELANGOR, TANAH UNISEL NAK DIJUAL? Beginikah yang dikatakan sebagai Negeri Berkebajikan...kebajikan cara apa kalau aset2 yang penat-penat dibina senang-senang je nak jual? Rakyat negeri Selangor perlu bertindak dari negeri ini terus dihancurkan sewenang-wenangnya oleh Pakatan.

Sunday 1 July 2012

ISU SEMASA BERSAMA HASAN ALI!!! SIRI 2(2): MORAL PEMIMPIN!!!

Salam semua, hari ini KB nak dedahkan video ISU SEMASA BERSAMA HASAN ALI!! Kita nilai dan teliti apa yang disampaikan oleh Dato' Dr. Hasan Haji Mohd Ali.