Segalanya AUKU... takkala golongan disana bergendang bersorak gembira atas kemenangan mereka mengenai pindaan AUKU. Disebelah pihak yang selama ini bermati-matian menyokong AUKU terus meratapi kekalahan mereka.
Sehingga ada yang terus berhenti untuk berjuang. Berhenti untuk mengeluarkan peluh perjuangan kerana jerit perih mereka hanya dipandang sepi oleh pihak kerajaan.
Mahasiswa harus menyambut “baik” pengumuman yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri mengenai AUKU Seksyen 15 akan dipinda tetapi akan memastikan politik kepartian tidak akan masuk ke kampus. atas dasar demokrasi suara pihak ketiga kami ingin menerapkan beberapa pendapat yang harus difikirkan bersama tidak kira dari golongan politik, mahasiswa dan juga ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke IPTA untuk menjadi insan yang berguna satu hari nanti. berilah pandangan,cadangan resolusi sebelum akta ini diperkenalkan.
Sekiranya mahasiswa dibenarkan untuk menjadi ahli kepada mana-mana parti politik secara tidak langsung mahasiswa yang menuntut di Universiti itu adalah ahli politik dan secara automatik parti politik itu turut berada di dalam kampus. Oleh yang demikian kredibiliti mahasiswa selaku pihak ketiga akan tengelam.
