Wednesday 16 May 2012

SELAMAT HARI GURU!!

salam semua.

KB ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia. Terima kasih guru kerana mendidik tanpa jemu. Guru ibarat lilin yang membakar dirinya untuk menerangi orang lain. Banyak pengorbanan dilakukan guru hanya untuk melihat anak muridnya berjaya. Guru tidak pernah jemu menegur, mengajar, dan memperbetulkan apa yang salah.

Rasulullah saw bersabda, "Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka putuslah amalanya kecuali 3 perkara, iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuknya." (HR. Muslim)

Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik GURU.
 




GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA.

No comments:

Post a Comment