Thursday, 30 August 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 55!








SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE-55 MALAYSIA!!!
MARI KITA SAMA-SAMA HAYATI ERTI KEMERDEKAAN YANG SEBENAR!!!

30 TRAK DUIT SYILING UNTUK APPLE!!!

salam semua,

Memang sangat lawak apabila Syarikat Samsung bayar saman guna duit Syiling. Sebelum ni, samsung telah kalah saman akibat meniru paten produk apple dan kena bayar USD 1 Billion. Akibat dari perbuatan itu, samsung memilih cara terbaik dan paling menyusahkan didunia untuk membayar saman dengan menghantar wang syiling 5 Sen kepada Apple. Ini pasti sangat menyakitkan hati syarikat Apple. Apapun caranya, pembayaran tetap dibuat seperti yang diarahkan.


http://1.bp.blogspot.com/-_qKTheOuboM/UD2yxQWAiMI/AAAAAAAAAg4/o7yuU9ZLF6U/s320/1069640_0.jpg

 Petikan Akhbar


 Lebih daripada 30 trak yang dipenuhi dengan syiling 5 sen tiba di ibu pejabat Apple di California. Pada mulanya, pengawal keselamatan yang melindungi kemudahan menyangka ia dialihkan ke tempat yang salah, tetapi beberapa minit kemudian, Tim Cook (Ketua Pegawai Eksekutif Apple) menerima panggilan dari Samsung Ketua Pegawai Eksekutif menjelaskan bahawa mereka akan membayar $ 1000000000 dolar untuk denda baru-baru ini dengan yang diutuskan terhadap Selatan syarikat Korea dengan cara ini. Apa yang lucunya adalah dokumen yang ditandatangani tidak menetapkan kaedah pembayaran tunggal, jadi Samsung berhak untuk menghantar kepada pencipta iPhone sedolar bilion seperti yang mereka fikirkan terbaik.


 Lee Kun-Hee berkata, ia adalah taktik kotor, menyebabkan Pihak Apple sakit kepala kerana mereka perlu untuk memohon untuk mengira semua wang itu, dan memeriksa jika ia adalah lengkap dan cuba untuk mencari bank bagi mengira semua duit yang telah dihantar oleh pihak Samsung. Lee Kun-hee, Pengerusi Samsung Electronics, memberitahu media bahawa, syarikat itu tidak akan takut oleh sekumpulan “Geeks dengan gaya” dan bahawa jika mereka mahu bermain kotor, mereka juga tahu bagaimana untuk melakukannya.


 Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin sedikit untuk hidup atau mencairkan syiling untuk membuat komputer, itu bukan masalah saya, saya sudah membayar mereka dan memenuhi undang-undang. Sejumlah 20000000000 syiling, telah disampaikan dan berharap untuk menamatkan persengketaan pada minggu ini.


 Ini mungkin cara paling kreatif yang pernah dibuat oleh syarikat gergasi samsung untuk membayar saman.



 Sumber: Samsung Bayar Saman Guna Duit Syiling Kepada Apple | melvister.com

Monday, 27 August 2012

SEMARAKKAN MERDEKA DENGAN TWEET ANDA!!!

salam semua,


Menarik untuk rakan-rakan KB yang kaki tweet, kelainan yang menarik bersempena ulang tahun kemerdekaan ke 55 tahun ini, @TwtUpMerdeka #Merdeka55 bagi memecahkan rekod dunia serta menempa nama dalam Malaysia Books of Records.

2 kategori iaitu:

Kategori A: Perhimpunan pengguna Twitter terbesar di dunia

Kategori B: Jumlah tweet terbanyak dalam tempoh 1jam dengan menggunakan hashtag #Merdeka55 Rekod ini akan berjaya sekiranya berjaya mengumpulkan: 1. 10,000 pengguna Twitter 2. 20,000 tweets dalam masa sejam menggunakan hashtag #Merdeka55

 Kategori A (Berhimpun + Bertweet) 31 Ogos 2012, 8.00 Malam Stadium Nasional Bukit Jalil


 Kategori B 31 Ogos 2012, 8.15 – 9.15 Malam Di mana sahaja anda berada


 Menarik bukan? Untuk mendaftar, sila klik SINI. Untuk lebih info, boleh follow @TwtUpMerdeka atau like fan page 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati . Sebarang persoalan juga boleh diemailkan kepada twtupmerdeka@gmail.com Apa lagi, daftarlah sekarang & hebahkan.

*sumber Mahasiswa Utara

Wednesday, 15 August 2012

SUASANA MALAM RAMADHAN DI MESIR 2010!!!

salam semua,
KB teruja melihat suasana sebegini di Mesir,




mari kita sama-sama renugkan.

PELAJAR UNISEL TERABAI: MANA "MAHASEWEL", MANA ADAM ADLI & KHALID ISMATH???

salam semua,

 Pelajar Unisel Terabai: Mana Pejuang Mahasiswa, Mana Adam Adli & Khalid Ismath??

 Kemelut terkini yang berlaku Unisel baru-baru ini yang menyebab pelajar tidak dibenarkan menduduki asrama sehinggakan segelintir pelajar terpaksa menjadikan ruang kaki lima Dewan Biru bersebelahan pejabat Jana Niaga Sdn Bhd dan surau asrama sebagai tempat berteduh sebagai satu yang amat memeranjatkan dan tidak wajar berlaku.

 Pengerusi Sekretariat Anak Muda Negeri Selangor (SERANG), Budiman Mohd Zohdi berkata, kita melihat kebajikan dan keselamatan pelajar tidak diutamakan pihak pengurusan Universiti, bagaimana sebahagiannya terpaksa pulang dan sebahagiannya terpaksa dihalau balik disebabkan ruang penginapan yang tidak dapat dimasuki. “Persoalan kepada perkara ini, mana perginya pejuang-pejuang mahasiswa yang mereka nobatkan seperti Khalid Ismath, seperti Adam Adli yang bersungguh-sungguh memperjuangkan isu-isu yang berkaitan mahasiswa.

 Kenapa bila isu yang berkaitan dengan isu Unisel, mereka diam dan jadi bisu. Ini yang kita lihat bagaimana sebahagian mahasiswa ini menjadi alat kepada pihak pembangkang secara membuta-tuli memperjuangkan isu-isu mahasiswa tanpa mereka sedari sebenarnya dalam masa yang sama mereka tidak memperjuangkan isu mahasiswa itu sendiri,” ujarnya mengulas sikap mendiam diri sesetengah ‘hero mahasiswa’ yang sebelum ini hebat memperjuangkan isu pendidikan seperti kempen mansuhkan PTPTN dan kempen pendidikan tinggi percuma yang pernah diterajui Adam Adli satu ketika dulu.

 Tambahnya, kita minta kerajaan negeri Selangor pimpinan kerajaan pakatan berhenti dari memperalatkan mahasiswa. “kita tidak mahu kalau kena pada mereka masalah itu, mereka pendam dan tidak memperjuangkan isu mahasiswa,”ujarnya yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar.




CUBA KOMEN SIKIT "KONONNYA PEJUANG MAHASISWA" TU??

Sunday, 12 August 2012

@anwaribrahim KRISIS AIR SELANGOR: AUTA LAWAN FAKTA (BHG 1)!!!

salam semua, hari ni KB nak update pasal Krisis Air Di Selangor!




1. Banyak spekulasi telah dibuat mengenai isu air di Selangor.

2. Ada yang mengatakan bahawa benar, sedang berlaku satu krisis air yang agak kritikal. Ada juga yang mengatakan bahawa ia cuma satu permainan politik untuk menggagalkan kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan TS Khalid Ibrahim.

 3. Tetapi setelah mendengar sendiri penjelasan yang dibuat oleh pihak Puncak Niaga dan lawatan ke Loji Rawatan Air Sungai Langat di Batu 10, Hulu Langat, banyak pencerahan dapat dibuat dan dikenal pasti. Latar Belakang

 4. Loji Rawatan Air Sungai Langat beroperasi di bawah seliaan Puncak Niaga.

5. Mereka memproses air mentah untuk dijadikan air terawat supaya boleh digunakan oleh orang ramai.

6. Air yang diproses akhirnya akan dijual kepada pihak Syabas. Syabas pula akan menyalurkan air ini kepada isi rumah di kawasan-kawasan tertentu.

7. Loji Rawatan Air Sungai Langat memproses air untuk dibekalkan kepada kawasan Selatan Selangor termasuk Kuala Lumpur.

8. Loji ini secara rekabentuknya mampu memproses 386 MG (million gallon) setiap hari. Tetapi kini beroperasi sehingga 460-470 MG setiap hari, bermakna loji ini beroperasi pada tahap 121% keupayaan. Krisis Air

 9. Krisis air ini berlaku apabila loji ini tidak dapat memenuhi permintaan pengguna atas dasar kapasiti sudah mencapai tahap maksima.

10. Dengan pertumbuhan ekonomi negara yang semakin pesat ini juga menyebabkan kadar penggunaan air bertambah dari masa ke semasa

11. Kadar pertambahan penduduk menyebabkan kadar penggunaan air juga bertambah.

12. Dengan kapasiti yang sedia ada, penggunaan air semakin tinggi tetapi prasarana masih pada keadaan 3, 4 tahun yang lampau.

13. Antara tugas Syabas adalah untuk menasihatkan kerajaan negeri tentang krisis air 3 TAHUN sebelum berlakunya krisis tersebut.

14. Permohonan telah dibuat oleh Syabas dan sudahpun diluluskan oleh kerajaan pusat tetapi belum diluluskan oleh kerajaan negeri sehingga kini. Untuk membolehkan loji baru dibina memerlukan persetujuan daripada kerajaan negeri.


 Menjawab Spekulasi

 Kenyataan I : “Air di empangan tinggi, mana ada masalah air!”

 Jawapan : Air di empangan memang tinggi, tetapi masalah bukan bekalan air mentah, tetapi air terawat. Analogi mudah; sebuah ladang lembu mempunyai 5,000 ekor lembu tetapi tukang sembelihnya hanya ada seorang. Kemampuan untuk mengeluarkan daging ke pasaran terletak kepada tukang sembelih dan bukannya berapa banyak lembu yang ada.

 Kenyataan II : “Sepanjang tahun hujan, bekalan air mesti mencukupi!”

 Jawapan : Sekali lagi jawapan adalah sama seperti sebelumnya iaitu masalah bekalan air terawat. Dan tambahan lagi, sekiranya hujan lebat, loji tidak akan mampu memproses air tersebut kerana faktor kekeruhan yang tinggi. Pam loji akan rosak kerana kandungan lumpur yang terlalu tinggi untuk diproses sehingga memaksa loji perlu ditutup. 

Kenyataan III : “Kita akan menggunakan air lombong!”

Jawapan : Masih lagi jawapan yang sama! Air lombong sekalipun, air tersebut perlu dirawat terlebih dahulu dan perlukan loji untuk merawat.

 Kenyataan IV : “Syabas menangguhkan bayaran kepada loji sebanyak RM 2 billion untuk mencipta krisis air!”

Jawapan : Loji ini sudahpun beroperasi pada tahap 121%. Dan semua air yang diproses dijual terus kepada Syabas. Tangki 4 iaitu di Balakong yang boleh memuatkan 4 MG habis digunakan. Apabila air di tangki tersebut sudah mencapai tahap 3-4 inci ataupun setinggi buku lali, tangki tersebut tidak lagi mempunyai tekanan yang cukup untuk menyalurkan air ke isi rumah. Setiap kali air sampai ke tangki 4 ini, habis terus digunakan.

 Kenyataan V : “Kerajaan BN berpakat dengan Syabas untuk tutup bekalan air untuk mencipta krisis air!”

Jawapan : Sekiranya benar, maka loji air tersebut tidak perlu untuk memproses air pada tahap 121% keupayaan. Loji-loji air yang sedia ada sudahpun beroperasi lebih daripada kadar yang sepatutnya. Jika benar Syabas tutup bekalan air, maka melimpah-limpahlah air di setiap tangki simpanan air yang ada di seluruh Selangor.


 Penyelesaian :

 1. Cara penyelesaian yang terbaik adalah dengan membina lebih banyak loji-loji rawatan air si sekitar Selangor.

2. Syabas sudahpun menasihatkan kerajaan negeri 3 tahun yang lalu tentang krisis air yang akan berlaku.

3. Loji Rawatan Air Langat 2 tidak perlu dipolitikkan oleh PKR dan perlu dibina segera untuk menyelesaikan masalah rakyat. Pentingkan rakyat dan bukannya politik parti sahaja.

4. TS Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri Selangor perlu faham dengan jelas krisis air yang dihadapi dan bukannya bercakap dengan sembrono sahaja.

5. Mengikut pandangan profesional dari Puncak Niaga sendiri, sekiranya keadaan ini tidak berubah dan tiada tindakan selanjutnya diambil, Selangor secara keseluruhannya akan mengalami masalah krisis air ini dalam tempoh 10-12 bulan lagi.

6. Masalah bukan tentang air banyak di empangan, tetapi air terawat yang dikeluarkan oleh loji.

Wednesday, 8 August 2012

PENDIDIKAN PERCUMA PAKATAN RAKYAT???

salam semua,






apa jadi ni PAKATAN RAKYAT? BETUL KE NAK BAGI PENDIDIKAN PERCUMA??
KB baru dapat berita Jana Niaga Sdn. Bhd.(JNSB) merayu universiti milik KERAJAAN PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) Selangor itu membayar terlebih dahulu segala tunggakan sebelum operasinya boleh dimulakan kembali!!! JNSB Syarikat konsesi yang bertanggungjawab menguruskan asrama Universiti Selangor (Unisel)!!!

 Ketua Residen Komuniti Siswanya, Norashikeen Mohd. Stap berkata, selagi bayaran tunggakan itu tidak dibuat, syarikat konsesi berkenaan tidak berkemampuan untuk membayar segala kos operasi dan pengurusan termasuk gaji pekerja.

 Sementara itu dalam perkembangan sama, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, masalah asrama yang dihadapi pelajar Unisel ketika ini hanya boleh diselesaikan menerusi timbang tara.

 Menurutnya, mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohammed Khusrin Munawi untuk menjadi orang tengah dalam isu berkenaan.

 Akhbar hari ini melaporkan kira-kira 1,000 pelajar universiti itu yang mendaftar masuk sejak beberapa hari lalu, belum diberikan kunci asrama di Bestari Jaya sehingga menyebabkan mereka terpaksa menumpang di surau dan rumah rakan di kawasan berdekatan.

-utusan malaysia 8 Ogos-


come on PKR! Takan sampai macam ini sekali, sembang nak bagi free education?
awal-awal dah ada masaalah dengan syarikat konsesi!
belum bagi 1 MALAYSIA FREE EDUCATION LAGI!!
TAKAN NAK BAGI JANJI BERTABURAN LAGI KUT???

Sunday, 5 August 2012

LEE CHONG "AWAY"!!!


salam semua, KB nak ucapkan tahniah kat LEE CHONG WEI! walaupun tak berjaya untuk mendapatkan pingat emas, tidak apa, dalam hati kita sebagai rakyat MALAYSIA, CHONG WEI memang merupakan HERO Malaysia dan kenangan manis setiap pertandingan yang diwakili oleh Chong Wei dah lama terpahat dalam minda rakyat MALAYSIA! .

Rakyat Malaysia "Bengang" Dengan "Bangang" Adun dari DAP ni. Cakap pandai, cuba main tengok. Yang KB tak paham siap membanggakan Lin Dan pula. Chong Wei dah bermain bersungguh-sungguh untuk negara. Jangan riak sangatlah.

Saya rasa mereka ni memang tidak layak menjadi orang MALAYSIA, dan mereka ni memag golongan yang zalim/ kejam, LEE CHONG WEI Bertekanan besar membawa harapan besar semua rakyat dari seluruh negara baik dari Utara mahupun hingga ke timur utk melawan Lin Dan tadi dan jelas melihatkan beliau bermain dengan bersungguh-sungguh memungut setiap mata untuk Malaysia!


Tak rasa malu ke sampai tergamak pula mengejek atau perli LEE CHONG WEI? OTAK "SEWEL"!
"BANGANG"!

Lagi satu, jangan nak POLITIKKAN SUKAN!! BUKAN SEMUA BENDA HANG BOLEH POLITIKKAN!!!

MANOHARAN DAH BUKTIKAN DAP TAK PATRIOTIK??



TAHNIAH DLCW!


Saturday, 4 August 2012

CAYALAH PM!!!

salam semua, KB dengar PM ada bagi duit raya kat orang yang memerlukan di Pahang!



Mazuan Mohamad, 16, yang menghidap penyakit rosak buah pinggang gembira menunjukkan duit raya diterima daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan. Dipetik dari Sinar Harian, Sumber gambar BERNAMA.

WE LOVE PM! JANJI DITEPATI! 

Friday, 3 August 2012

IPHONE 5 TERBARU!!!



salam semua, baru-baru ni iphone 5 dah release!!!

Kehadiran model Iphone terbaru ditunggu-tunggu para pencinta gadget dari pelbagai penjuru dunia. Mereka pastinya tidak sabar untuk mengetahui ciri-ciri baru dan apa yang membuat Iphone 5 istimewa.

 Dari AppleInsider, terbongkar bahawa akan ada dua kelainan utama. Iphone 5 dijangka akan menggunakan layar 4.6 Inci dan menggunakan ‘retina display’. Saiz skrin itu sebenarnya sangat berbeza dengan Iphone biasa yang hanya berukuran 4 inci saja.

 Dengan saiz skrin baru dan retina display, Iphone 5 akan mempunyai desitas sebanyak 300 pixel per inci apabila digunakan pada jarak 10 hingga 12 inci. Ciri istimewa lain, adalah ciri yang sudah dipatenkan bernama ‘binding protocol’. Ciri itu memudahkan pengguna menghantar fail, gambar, video, dan data lain. Penghantaran dengan ciri-ciri itu akan kelihatan istimewa kerana boleh dihantar pada rakan berbual ketika kita sedang menelefon.

 Pengeluaran iPhone 5 sehingga kini lebih bersifat khabar angin kerana Apple sendiri belum mengumumkan sama ada ia akan mengeluarkan model berkenaan atau tidak. Jangkaan sebelum ini ia akan dikeluarkan pada musim panas tahun ini tetapi meleset apabila Apple pada tahun lalu menggeluarkan iPhone 4s dan bukan iPhone 5.

Thursday, 2 August 2012

TERBAIK LAH DAP!!!

salam semua, KB terkejut sebenarnya bila nampak satu replika ni. Korang semua pun pasti terkejut dan tak sangka replika macam ni boleh wujud di MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM.




LOKASI: PULAU PINANG!!!
REPLIKA ARAK BRO!!! BESAR PULAK TU!!!!
SILAP-SILAP PALING BESAR DI MALAYSIA BRO!!!

Takan kerajaan NEGERI DAP DIAM SAHAJA?
Atau DAP PANDANG SEBELAH MATA SAHAJA?

Terkejut KB beb.