Friday 3 August 2012

IPHONE 5 TERBARU!!!



salam semua, baru-baru ni iphone 5 dah release!!!

Kehadiran model Iphone terbaru ditunggu-tunggu para pencinta gadget dari pelbagai penjuru dunia. Mereka pastinya tidak sabar untuk mengetahui ciri-ciri baru dan apa yang membuat Iphone 5 istimewa.

 Dari AppleInsider, terbongkar bahawa akan ada dua kelainan utama. Iphone 5 dijangka akan menggunakan layar 4.6 Inci dan menggunakan ‘retina display’. Saiz skrin itu sebenarnya sangat berbeza dengan Iphone biasa yang hanya berukuran 4 inci saja.

 Dengan saiz skrin baru dan retina display, Iphone 5 akan mempunyai desitas sebanyak 300 pixel per inci apabila digunakan pada jarak 10 hingga 12 inci. Ciri istimewa lain, adalah ciri yang sudah dipatenkan bernama ‘binding protocol’. Ciri itu memudahkan pengguna menghantar fail, gambar, video, dan data lain. Penghantaran dengan ciri-ciri itu akan kelihatan istimewa kerana boleh dihantar pada rakan berbual ketika kita sedang menelefon.

 Pengeluaran iPhone 5 sehingga kini lebih bersifat khabar angin kerana Apple sendiri belum mengumumkan sama ada ia akan mengeluarkan model berkenaan atau tidak. Jangkaan sebelum ini ia akan dikeluarkan pada musim panas tahun ini tetapi meleset apabila Apple pada tahun lalu menggeluarkan iPhone 4s dan bukan iPhone 5.

No comments:

Post a Comment