Saturday, 31 December 2011

DEKAT SUDAH DENGAN MATI..



AYOYO! kurang dari 6 jam lagi kita akan memasuki tahun baru. Segala peristiwa dan detik 2011 akan dilipat dan disimpan dalam sejarah. Kegembiraan dan kedukaan sepanjang tahun 2011 ini akan ditinggalkan untuk menghadapi kegembiraan dan kedukaan yang telah tersedia untuk tahun 2012 ini pula. Tetapi itu semua adalah aturan tuhan dan kita tidak mampu untuk menduganya.

KB ingin mengingatkan semua bahawa semakin bertambah tahun semakin bertambah dekat kita dengan AJAL. Bagaimanakah dengan amalan kita yang lepas? penuh dosa atau dihiasi dengan pahala? andai kurang pahala, mari kita berazam untuk menambahnya pada tahun baru ini. Andai sudah banyak, kita pertingkatkan agar kita lebih dekat dengan SANG PENCIPTA kita.


Walau bagaimanapun KB  nak ucapkan selamata menyambut tahun baru kepada semua sekali. Kepada semua MAHASISWA, anda diingatkan pada 9 JAN nanti untuk TIDAK menyertai mana-mana perhimpunan.


p/s: KB sambut tahun baru atas sejadah je...

16 SEPT BERTUKAR 9 JAN?



WAH...TAJUK KALI INI KB NAK BERBICARA TENTANG SEBUAH KERAJAAN IMPIAN YANG INGIN DIBINA OLEH SEORANG PEMIMPIN HEBAT DUNIA. TARIKH ASAL PENUBUHAN NEGARA INI ADALAH PADA 16 SEPTEMBER 2008. TAPI TELAH BERTUKAR KEPADA 9 JANUARI 2012. KENAPA BERTUKAR TARIKH PULA? INI KITA KENA TEMUBUAL BAKAL PERDANA MENTERI INI.SIAPAKAH BELIAU? KITA LIHAT DIBAWAH INI OK?
.
.
.
.
.
.
.
Bakal Perdana Menteri 'kesayangan' rakyat?
BELIAU DIKATAKAN MENERUSKAN HASRAT BELIAU UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI WALAUPUN DENGAN MENIPU RAKYAT NEGARA INI. HAL INI TERJADI KERANA INGIN MENDAPATKAN KUASA. KITA LIHAT CARA BELIAU BERKEMPEN, SANGAT BERSEMANGAT BUKAN?

lihat kata2 pemimpin ini!


DAN ADAKAH INI MENJADI RUMAH RASMI BELIAU DAN PEJABAT BELIAU? SERTA SEGALA PENGHUNI DI SINI AKAN MENJADI RAKYAT BELIAU? JIKA BEGITU, IMPIAN BELIAU TERCAPAI!!!


kediaman rasmi 'sesumpah'?


p/s: sesumpah kb sangat jinak!

Thursday, 29 December 2011

IMAM MAHDI DI MALAYSIA?


Malaysia pada hari digemparkan oleh berita bahawa IMAM MAHDI telah berada di sini. Hal ini telah dikhabarkan oleh tokoh agama yang terkenal kalau bukan DR. BADRUL AMIN. Tokoh agama ini sangat hebat sehingga boleh mengkritik bekas mufti Perlis dan juga mufti Perak. Oleh yang demikian kata beliau harus kita percaya! serius ni..bukan cubaan k. harus kita percayai! sila nafikan jika kalian ada hujah khas melawan hujah beliau!

Dibawah ini adalah gambar orang yang mempunyai ciri-ciri IMAM MAHDI yang telah didakwa oleh DR BADRUL AMIN...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
'IMAM MAHDI' sedang berdoa



p/s: terus mengkaji dan mendengar pendapat tokoh agama bertauliah itu penting. dalam PAS ada nabi, dalam DAP ada khalifah umar, dalam PKR ada IMAM MAHDI..WOW!

Tuesday, 27 December 2011

SI AYAH YANG MEMALUKAN


Setiap manusia dan pentadbiran manusia itu sememangnya tidak sempurna. Kenapa ia tidak sempurna? Sebab kita adalah makhluk dan hamba. Setiap kesempurnaan adalah hak milik ALLAH.

Sebagai manusia jangan kita hanya tahu menghukum sahaja. Kita seharusnya menegur dan menasihati dengan cara baik. Tetapi percayalah bahawa walau tidak sempurna mana pun kita, kita tetap mahu lakukan yang terbaik untuk kehidupan kita. seperti dalam kisah di atas, kecekalan ayah yang pekak dan bisu untuk memenuhi kehidupan anaknya. Walaupun ayahnya tidak sempurna seperti orang lain, namun ayahnya tetap menyayangi anaknya seperti orang lain.


p/s: KB sayang ayoh KB, tp KB x suko ayoh macem abe nuor tu......

IMAM Mesir 'siku' Adam Adli?


Pengerusi Ikatan Mahasiswa Anak Melaka Mesir Sau. Syed Luqman Hakim mewakili persatuan Perubatan Mesir Al-Azhar tahun 3 tidak menyokong tindakan Adam Adli menurunkan bendera Perdana Menteri Malaysia.





Tindakan Adam Adli daripada pelajar UPSI yang menurunkan bendera Perdana Menteri dan menggantikan dengan bendera bebas bukan menunjukkan imej yang baik sebagai mahasiswa yang menceroboh rumah kerajaan di PWTC. Sebagai seorang mahasiswa yang bakal bergelar pendidik haruslah mempunyai sikap profesionalisme dan juga berfikiran matang.Untuk menjadi seorang mahasiswa yang berjaya dan bercita – cita tinggi haruslah menumpukan masa terhadap akademik dan bukannya untuk menimbulkan sesuatu isu.Selain itu,demo yang diadakan juga bukan merupakan jalan penyelesaian tetapi hendaklah meluahkan pendapatnya dengan saluran dan medium yang betul dan bukannya dengan cara menurunkan bendera Perdana Menteri kerana ia tidak ada kena mengena dengan tuntutan mahasiswa.Tambahan pula,PWTC juga bukan merupakan tempat yang sesuai untuk menunjuk perasaan.Apa yang penting bagi kami,tindakan Adam Adli bukan menggambarkan imej seorang mahasiswa yang berfikiran matang tetapi adalah sebaliknya.Oleh itu,kami mewakili salah sebuah persatuan di Mesir sesekali tidak menyokong tindakan Adam Adli yang bergelar mahasiswa.Sebagai seorang mahasiswa hendaklah menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan bukannya hanya pandai berdemonstrasi dan membangkang kerajaan yang sedia ada.

sumber :imammesir.blogspot.com

MASIHKAH KITA INGAT WASIAT INI?



Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin-pemimpin yanbg diperbuat semasa merdeka pada tanggal 31 Ogos, 1957; "Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera".

Adalah 7 perkara tersebut ialah;

PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).

KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.






KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

KELIMA : Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan



KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)



Sunday, 25 December 2011

JADILAH HAMBA BERTAKWA




SALAM 1MALAYSIA SEMUA,


Pada hari ini KB ingin berbicara tentang TAKWA, cukup mudah menyebut perkataan terbabit tapi bagaimana untuk mengaplikasi TAKWA ini dalam kehidupan kita. Adakah cukup dengan hanya beribadah sahaja itu dipanggil TAKWA? TAKWA perlu kepada kehidupan yang menyentuh segala aspek kehidupan dan tidak lari dari FITRAH ISLAM itu sendiri. Sering mengingati SANG PENCIPTA dan berbuat baik mencegah kemungkaran.


anak soleh penyejuk hati
Jadilah hamba berTAKWA kerana :-

  • dengan menjadi hamba yang berTAKWA kita akan menjadi anak yang soleh secara automatik
  • dengan menjadi hamba yang berTAKWA kita akan menjadi insan yang soleh secara automatik
  • dengan menjadi hamba yang berTAKWA kita akan menjadi seorang patriotik yang hebat
  • dengan menjadi hamba yang berTAKWA kita akan menjadi seorang mahasiswa yang cemerlang
  • dengan menjadi hamba yang berTAKWA kita akan menjadi ayah yang terhebat
  • dengan menjadi hamba yang berTAKWA kita akan menjadi orang yang sentiasa kenal erti syukur
  • dengan menjadi hamba yang berTAKWA kita akan menjadi seorang yang gagah dan tabah
maka, dengan menjadi HAMBA yang BERTAKWA kita akan melengkapkan kehidupan kita dengan sikap dan nilai yang terpuji secara tanpa kita sedari.


p/s : KB ingin benor nok dpat isteri yang kuat agamanya.