Saturday, 31 December 2011

DEKAT SUDAH DENGAN MATI..



AYOYO! kurang dari 6 jam lagi kita akan memasuki tahun baru. Segala peristiwa dan detik 2011 akan dilipat dan disimpan dalam sejarah. Kegembiraan dan kedukaan sepanjang tahun 2011 ini akan ditinggalkan untuk menghadapi kegembiraan dan kedukaan yang telah tersedia untuk tahun 2012 ini pula. Tetapi itu semua adalah aturan tuhan dan kita tidak mampu untuk menduganya.

KB ingin mengingatkan semua bahawa semakin bertambah tahun semakin bertambah dekat kita dengan AJAL. Bagaimanakah dengan amalan kita yang lepas? penuh dosa atau dihiasi dengan pahala? andai kurang pahala, mari kita berazam untuk menambahnya pada tahun baru ini. Andai sudah banyak, kita pertingkatkan agar kita lebih dekat dengan SANG PENCIPTA kita.


Walau bagaimanapun KB  nak ucapkan selamata menyambut tahun baru kepada semua sekali. Kepada semua MAHASISWA, anda diingatkan pada 9 JAN nanti untuk TIDAK menyertai mana-mana perhimpunan.


p/s: KB sambut tahun baru atas sejadah je...

No comments:

Post a Comment