Thursday 22 December 2011

Baucer Buku RM200



     Alhamdulillah, bersyukur kepada tuhan kerana telah menambahkan lagi rezeki kepada semua mahasiswa di Malaysia ini. Beruntung benar rasanya menjadi mahasiswa negara ini kerana telah mendapat inisiatif dari Perdana Menteri kita dalam belanjawan 2012 ini.

    Sebagai mahasiswa negara ini, kita harus FAHAM ERTI SYUKUR. cukup mudah nak faham dan terjemahkan erti syukur. berikut cara nak tunjuk erti syukur:-

  •  belajar dengan rajin dan fokus.
  •  tidak mudah terpedaya dengan propaganda untuk menjatuhkan institusi tempat kita menuntut ilmu
  •  bercita-cita untuk membalas jasa ibu bapa
  •  tidak tergolong dalam mahasiswa yang sering melakukan perkara-perkara yang menjejaskan    kehidupan sebagai mahasiswa
  • menyumbang kepada pembangunan negara dari aspek sosial dan ekonomi serta agama
  • tidak memecahkan kesatuan mahasiswa negara ini
    Bukan senang nak dapat durian runtuh sebegini mahasiswa sekalian. sekurang-kurangnya ia dapat membantu mengurangkan masalah kewangan membeli buku yang dihadapi oleh kita nanti. Ia juga boleh membantu mengurangkan sedikit kebergantungan kita kepada ibu bapa dalam membeli kelengkapan buku kita.

   Sekalung jutaan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri di atas keprihatinan beliau kepada mahasiswa di negara ini. Tranformasi yang dibawa oleh beliau sudah dterjemahkan dengan baik sekali. Harap semua mahasiswa dapat menggunakan  semua yang diberi oleh pihak kerajaan dengan baik. :D

No comments:

Post a Comment