Ini baru kita kata Mahasiswa.Peranan mereka mendekati masyarakat dengan cara berhemah dan beradab.Juga berfungsi sebagai penghubung antara dunia mahasiswa dan dunia luar.Ayuh mahasiswa!Berbudilah seikhlas hati kerana dirimu bakal kembali kepada masyarakat!Jom tengok apa aktiviti #AmanKampus yang bakal dirasmikan esok di Masjid Wilayah Putrajaya
1. IKON SISWA
Program Ikon Siswa ialah satu program yang mendedahkan kepada pelajar-pelajar sekolah dengan kehidupan atau suasana universiti kepada mereka. Program ini juga memupuk semangat kepada para pelajar sekolah untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan masing-masing. Bilangan pelajar yang mengambil bahagian dalam Program Motivasi ini ialah seramai 200 hingga 300 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4,5 dan 6.
Untuk membuka minda para pelajar satu forum siswa dibuat dengan tajuknya ialah Menuju Menara Gading: Satu Pengalaman. Dengan adanya program ini diharapkan dapat menyedarkan betapa pentingnya ilmu pengetahuan kepada diri mereka sendiri kerana di zaman moden ini ilmu yang dituntut di sekolah semata-mata tidak mencukupi. Untuk bersaing dengan pesaing yang hebat di luar kite memerlukan ilmu yang penuh di dada dan pelbagai supaya hidup mereka lebih terjamin di masa hadapan.
Forum ini dibahagikan kepada 3 orang pembicara yang terdiri daripada 2 orang mahasiswa dan seorang daripada badan bukan kerajaan. Program Ikon siswa ini berlangsung selama 2 atau 3 jam, termasuk aktiviti latihan dalam kumpulan yang dibimbing oleh mahasiswa universiti.
2. SUARA SISWA - PENTAS ANAK MUDA
Program Pentas Anak Muda ialah satu program yang melibatkan mahasiswa dan badan bukan kerajaan di setiap negeri. Terdapat 3 orang pemidato yang akan mendebatkan idea masing-masing berkaitan dengan pelbagai isu yang ada sekarang ini. Panel terdiri daripada 2 orang mahasiswa dan seorang daripada badan bukan kerajaan (NGO). Program ini dibuat untuk memastikan masyarakat mendapat input daripada golongan mahasiswa peka dengan keadaan sekeliling dan penerangan daripada persepktif intelektual dan pemikiran anak muda pasti dapat memikat hati masyarakat.
Program ini berlangsung selama 2 jam.
Dengan adanya program seperti ini dapat melihat kemampuan mahasiswa berucap dan memberikan penerangan isu di khalayak ramai di setiap negeri. Ini dapat menjadikan mahasiswa seorang yang berani dan berfikiran jauh kedepan. Isu-isu yang dibangkitkan seperti AUKU, BB1M, 1 Malaysia, Transformasi Kerajaan dan lain-lain lagi yang akan dibincangkan sekali oleh ketiga orang pendebat. Sesi soal jawab dengan masyarakat juga disediakan.
3. SISWA PRIHATIN
Program Siswa Prihatin ialah satu program yang berunsurkan prihatinnya mahasiswa kepada masyarakat setempat. Selain itu juga, program ini di anjurkan untuk mengerat hubungan silaturrahim di antara kedua belah pihak. Perkara yang dilakukan oleh mahasiswa ialah seperti kenduri sekampung, membersihkan sekitar kampung, surau dan lain-lain lagi.
Tujuan program ini ialah untuk memupuk semangat muhibah di antara mahasiswa dan penduduk kampung supaya penduduk kampung yakin dengan kebolehan mahasiswa untuk memimpin negara suatu masa nanti. Program ini dijalankan selama 2 jam setengah untuk membolehkan mahasiswa beramah mesra sambil memberi bantuan kepada penduduk setempat.
Program info siswa ini melibatkan edaran fyers dan penerangan balas tentang hujah-hujah silap dan keliru dalam merasuki dan meracuni fikiran rakyat.Mahasiswa dan NGO yang terlibat akan berkunjung ke tempat-tempat spesifik dan menjadi kunjungan orang ramai seperti di rumah ,dataran ,pasaraya dan kedai makan.Mereka ini akan menjelaskan kepada golongan kelompok kecil rakyat berkenaan isu-isu semasa dan situasi sebenar yang berlaku.Kejayaan dan pencapaian kerajaan pimpinan Y.B Dato’ Seri Najib Razak sekarang juga akan diterangkan dengan lebih jelas.
5. SISWA CERGAS
Program siswa cergas ini adalah salah satu aktiviti untuk memberi ruang dan peluang kepada masyarakat umum dan juga belia mengamalkan gaya hidup yang sihat.Aktiviti senamerobik dan juga permainan bola sepak dan bola jaring akan diadakan bagi mengeratkan hubungan diantara mahasiswa dan juga NGO yang terlibat dengan masyarakat setempat.
"Kembara Mahasiswa Bersama MAsyarakat"
Credit to: brader jai
p/s: Pro Mahasiswa dijangka kalah teruk di semua ipta…padan muka..
No comments:
Post a Comment