Wednesday, 4 January 2012

PENDIRIAN MPP UniSZA...

KB ingin berkongsi bersama pembaca semua tentang pendirian MPP Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan kes TRAGEDI UPSI.


BERIKUT ADALAH PENDIRIAN PRESIDEN MPP UniSZA SAUDARA ISA YUSOF.  




Kes yg berlaku di UPSI, ini respon sy setelah melihat blog2, berita, akhbar dan pengakuan tuan badan..


Sy berpendapat bahawa kedua-dua pihak ada melakukan kesilapan dan sy tidak kata pelajar tersebut 100% betul dan polis 100% salah.. Dua2 pihak ada betul dan salah masing2.. Pd sy, kedua2 pihak melakukan niat dan tggjwb mereka akan tetapi maybe terdapat kekurangan dlm tindakan yg mereka ambil utk menzahirkn niat dan tggjwb mereka..


Pd sy, selaku seorg yg berada dlm perwakilan, sy berpendapat bahawa semua yg berlaku pd hari tersebut dapat dielakkan.. Sy melihat perkara ini kepada core atau punca berlakunya insiden ini.. Jika mereka tidak berdemo, maka tiadalah tragedi ini berlaku.. Mengapa mereka tidak menggunakan MPP mereka utk menyampaikan suara? Tidakkah mereka nmpk fungsi MPP selaku lembayung yg akan menyuarakan hak dan suara mereka? Jika mereka menggunakn saluran yg disediakan dgn sebaiknya, sy percaya tidak akan berlaku insiden2 yg tidak diingini..


Secara jujur, kita selaku mahasiswa adalah satu pihak yg neutral yg mampu utk berfikir jauh dan mampu mencari solusi yg terbaik utk mnyelesaikan masalah.. Berdemo dijalanan bukan cara yg sesuai utk kita..



Nama dan branding mahasiswa kian lama kian berkurang.. Jika dahulu mahasiswa dihormati sbb ilmunya, tpi yakin dan percayalah, jika lebih byk insiden sperti ini berlaku, apa akan jadi pd branding mahasiswa? Sy risau jika akan dtg, masyarakat akan reject mahasiswa dan takut kpd mahasiswa dan memandang negatif pd mahasiswa.. Mereka mgkin akan lihat kita sbgai extremis, terlampau membuta tuli dlm memperjuangkn sesuatu, darah muda yg cepat panas dan kurg berfikiran rasional..


Ingatlah sahabat2ku, skrg mmg zaman kita mnjadi mahasiswa, tpi adakah kita nk perkara seperti ini juga berlaku pd anak2 kita nnti? Apa tindakan yg kita lakukan skrg, turut akan memberi kesan kpd generasi akan dtg..


Akhir kata, kita selaku mahasiswa mempunyai byk medium utk mnyampaikn suara dan pendapat.. Tidak perlu terburu-buru dlm memperjuangkn sesuatu.. Tidak perlu terlampau mendesak.. Kita bukan terlalu terdesak pun.. Semuanya mampu diselesaikan dgn baik jika kita gunakn cara yg baik.. Sy kata Ya pd Diplomasi dan Tidak pd Demonstrasi..


Sama2lah kita kekalkn keamanan UniSZA, jgb biarkn diri kita diprovoke dan dikawal oleh mana2 pihak luar.. Ini kampus kita, kita yg menjaga keamanan di dalamnya.. Satukn hati2 kita, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat..


"Mahasiswa Pemangkin Inspirasi Bersama"


Isa Yusof
Presiden
MPP UniSZA


copy dr FB ISA YUSOF.


p/s: wah! dengar cerita pendirian isa ni berbeza ngan exco kebajikan dia. nt KB update.! nk risik dekat mmber KB yg belajar kat situ dulu.

3 comments: