Sunday 2 September 2012

RAHSIA UNDANG-UNDANG LOMPAT PARTI!!!



Salam semua,


BACAAN POLITIK: HAJI HADI MEMELUK ERAT MENJELANG PRU13


 DAP melalui Karpal Singh mencadangkan satu undang-undang baru yang dikenali Undang-Undang Anti Lompat, bertujuan menghalang YB-YB Pakatan Rakyat khususnya dari PAS dan PKR daripada melompat kepada BN.

 Karpal sudah dapat membaca dan mencium Agenda Hj Hadi dan YB Nasharudin. Karpal dan DAP tahu selepas sahaja PRU13, kemungkinan besar kumpulan-kumpulan YB Nasharudin dan HJ Hadi melompat ke kem BN sudah pasti akan berlaku.


 Pertemuan demi pertemuan kumpulan YB Nasharudin dengan DS Najib dan pemimpin tertinggi UMNO mengesahkan kerjasama UMNO dan PAS di bawah telunjuk HJ. Hadi/YB Nasharudin.



 DUA TANGAN HAJI HADI MENERKAP SATU TANGAN DS NAJIB 


 Kita hanya mengharapkan agar YB Nasha tidak dipecat pada 9 September ini. Dan kita juga berharap YB Nasha akan dicalonkan pada PRU13 nanti, dan seterusnya kumpulan-kumpulan Ulama Pas mesti dicalonkan dengan banyak berbanding caloncalon Sekular seperti Mahpuz, Husam, Mat Sabur dan M. Nizar. Kumpulan-kumpulan Sekular Pas ini lebih condong kepada Dap dan Anwar.


 Maka itu, ahli-ahli Pas mesti menghalang kumpulan-kumpulan Pro DAP dan Anwar menentukan calon-calon mereka.


 Haji Hadi yang mewakili team Ulama seperti Haron Din, YB Nasha, Mustapha Ali, Harun Taib, Taib Azamudin mesti diberi peluang menjadi calon.


 Inilah ketakutan DAP dan Anwar, maka mereka mencadangkan Undang-Undang Anti Lompat. Perpaduan memang bukan kerja yang mudah, namun usaha ke arah itu sedang berjalan. Adakah kamu tidak menyedarinya?



 DS NAJIB MEMBALAS MESRA TANGAN HAJI HADI


 Pertahankanlah YB Nasha dan Hj Hadi!!! Jangan biarkan mereka disingkirkan.



 ***emel dari Ahli PAS Terengganu.

No comments:

Post a Comment