Saturday 1 September 2012

BARUA HEPA UniSZA MULA BERAKSI!!!

Salam semua, apa khabar? Selamat menyambut kemerdekaan yang ke-55 kepada semua rakyat Malaysia! WE LOVE MALAYSIA!

 seperti yang kita tahu, pilihanraya kampus (PRK) semakin hampir. Bagi yang tidak tahu PRK adalah proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti. Yang menariknya, KB dengar UniSZA nak bubarkan CARETAKERS walaupun hakikatnya CARETAKERS ini tidaklah perlu dibubar kerana MPP pun sudah dibubarkan sebelum ini. Seluruh warga universiti masih menunggu tarikh yang bakal diumumkan oleh HEPA. UniSZA berdepan dengan pelbagai masaalah satu persatu dan KB melihat CARETAKERS dan pihak pucuk pimpinan pentadbiran UniSZA tidak dapat menangani masaalah ini dengan baik dan bijak. UniSZA mempunyai masaalah dalaman yang semakin kritikal untuk PRK kali ini antaranya:

 1. Pemilihan Jentera PRK
2. Calon MPP


 KB dapat informasi calon dan jentera PRK hanya tangkap muat oleh barua HEPA untuk penuhkan kerusi yang ada. Yang KB khuatirkan adalah kredibiliti yang ada pada CALON HEPA yang akan dipertandingkan. So paham-paham je lah kalau CALON pun tangkap muat sahaja. Calon HEPA sebelum ini pun tak dapat menunjukkan kepimpinan yang baik dan menyampaikan suara mahasiswa kepada pihak atasan universiti, apatah lagi calon yang di tangkap muat OLEH HEPA. Presiden dan MPP yang lain hanya menjanjikan bulan dan bintang tetapi tidak dilaksanakan.

*KB hanya khuatir dengan nasib mahasiswa jika perkara ini berlaku. Ini untuk masa depan bersama. Nasib mahasiswa perlu dibela.

No comments:

Post a Comment